Butterworth 14 Feb 2010: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.
Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.
Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.
Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.
Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.
Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.
Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.
Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.
Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.
Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.
Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.
Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.
Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.
Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi. - mstar.com.my

Artikel berkaitan:
1. Nor Mohamed Yakcop Lubuk Setiausaha Politik Kumpul Kekayaan?
Aku cuma nak kata:
Memang mengejutkan dan mengkagumkan apabila berita penahanan Setiausaha politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar bersama duit tunai RM2 juta. Aku pun tak dapat nak bayangkan banyak dan tinggi mana duit RM2 juta dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100 sebab aku tak pernah pun pegang duit lebih dari RM 15 ribu seumur hidup aku. Agak nya dia tak sempat simpan dalam bank sebab bank tutup hari sabtu. Itu pasal duit tu ada di rumah.
Banyak betul duit dia. Perompak perompak bank dan kedai emas pun mesti jeles bila dengar berita ini. Mana tidak nya?. Mereka rompak bank dan kedai emas, dapat ratus ribu saja dan risiko yang dihadapi adalah samaada ditangkap atau ditembak Polis. Selalu nya kena tembak sebab mereka dikatakan melawan Polis. Si Hasbie ni mungkin lain sikit sebab dia tak rompak cuma ambil saja. Ambil pun tak banyak. RM2juta aja kan!!.
Si Hasbie ini macam mana?. Agak agak nya lepas atau kena ?. Jawapan nya:
1. Kepada kawan kawan yang mudah lupa, si Hasbie ini adalah SETPOL ke-2 untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. SETPOL pertama ialah Datuk Norza Zakaria. Jeng! Jeng! Jeng!. Datuk Norza Zakaria pernah didakwa dimahkamah atas 2 tuduhan rasuah dan politik wang, tetapi lepas sebab 'tiada kes'. Tak mustahil Si Hasbie ini pun boleh lepas kan !.
2. Dia akan kena sebab harus diingat, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob ini adalah dari lantikan Pak Lah dahulu sebagai Menteri Kewangan II. Ada kah semua ini sebagai tekanan Datuk Seri Najib supaya Tan Sri Nor meletak jawatan dan jawatan tersebut akan diberi kepada Zahrain nanti. Dalam politik tidak ada yang mustahil kan?..... dan imej SPRM pun seakan dipulihkan lah sedikit kononya bagi pandangan mata rakyat.
Kesimpulan nya, 2 andaian boleh dibuat. Dia boleh dilepaskan atau dia jugak boleh tidak dilepaskan. Terpulang kepada 'lampu hijau' atau 'lampu merah' dari tangan ghaib yang berkuasa.
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
4 comments:
Memang boleh lepas pun sebab mana ada kes.....duit tu Ang Pau sempena Gong Xi Fa Cai yang tauke kasi kat dia....
Pm sendiri tak dapat nak control setiausaha dia berkaitan isu perkauman, ni kan tan sri nor mohamed yg baru setahun jagung dalam politik. Tan sri nor harus memantau gerak geri setiausaha beliau agar kejadian seperti ini tidak berulang. Ramai yg memgambil kesempatan atas sifat tan sri nor. Jasa2 beliau dalam membangunkan ekonomi negara tidak dapat dilupakan oleh rakyat malaysia.
Salams,
Adalah tidak adil untuk kita menyalahkan Tan Sri Nor dan mengaitkan beliau dengan kes ini. Seingat saya, Tan Sri Nor berkhidmat sebagai 2nd Finance Minister sejak zaman Tun Mahathir lagi, kemudian dikekalkan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada Zaman Tun Abdullah.
Tan Sri Nor was Economic Advisor to PM during Mahathir era, then was appointed as Second Finance Minister in 2004 :)
Anyway, I do agree with you, we cant control every wrong doing of our subordinate. Tan Sri Nor has done so many things, he was responsible for the implementation of a number of major projects, including the implementation of Islamic banking in Malaysia, the setting-up of the bilateral payments mechanism between Bank Negara Malaysia and Central Banks of South-South countries, the setting-up of the Rating Agency Malaysia Berhad and he also responsible in restructuring GLCs in Malaysia.
Post a Comment