Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 February 2010

Commonwealth Games 2010: Buruh kanak-kanak diguna membina stadium di New Dehli

Pada ketika kanak-kanak di negeri lain, sama ada sedang bermain di rumah atau sedang belajar di sekolah, kanak-kanak di India ini terpaksa seharian berkerja di kawasan projek pembinaan.

Berhempas pulas untuk mengangkat penyodok/cangkul yang sama tinggi dengan mereka. Mereka berkerja membantu membina longkang atau saliran di depan Stadium Jawaharlal Nehru di New Dehli supaya dapat disiapkan sebelum 'Commonwealth Games' yang akan berlangsung pada musim gugur ini.


Seorang kanak-kanak lelaki sedang memasukkan batu-batu kedalam pongkis. Dia dan kanak-kanak di sekelilingnya bekerja bersama ibubapa mereka di sebuah projek pembinaan di Stadium Sukan Komanwel


Seorang kanak-kanak perempuan menyeret pongkis (keranjang) yang telah diisi batu-batu.

Mereka menyodok batu batu ke dalam pongkis yang kemudian nya dibawa pula oleh kanak-kanak lain dimana ibu bapa kanak-kanak ini juga berkerja di kawasan projek pembinaan yang sama.

Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk sama sama bekerja dijanjikan bonus tambahan seperti wang untuk membeli roti dan susu untuk anak-anak mereka, selain dari gaji yang mereka perolehi. Anak-anak dan orang tua nya juga menerima makanan tambahan jika keduanya bekerja di tapak pembinaan yang sama.

Sukan Komanwel yang dijadualkan akan diadakan di ibu negara India pada 3-14 Oktober 2010, cuma terdapat kebimbangan atas kelewatan pembinaan daripada infrastruktur sukan dan pengangkutan.

Projek besar ini telah menarik sejumlah besar penduduk dan pekerja asing dari seluruh India dan sekarang kanak-kanak juga nampak nya digunakan supaya stadium tersebut dapat disiapkan seperti yang ditetapkan.

Minggu ini Mahkamah Tinggi Delhi masih lagi menunggu untuk mendapatkan reaksi daripada Kerajaan atas kegagalan untuk menyediakan faedah @ kebajikan seperti yang termaktub dalam undang-undang buruh untuk pekerja yang terlibat dalam kerja kerja pembinaan untuk Sukan Commonwealth ini.


Pada ketika kanak-kanak di negeri lain, sama ada sedang bermain di rumah atau memulakan pelajaran di sekolah, kanak-kanak di India ini terpaksa seharian berkerja di kawasan projek pembinaan.


Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk sama sama bekerja dijanjikan bonus tambahan seperti wang untuk membeli roti dan susu untuk anak-anak mereka, selain dari gaji yang mereka perolehi.

Pekerja dibayar di bawah upah minimum dalam rangka untuk menyelesaikan projek-projek ini sementara ada juga sedang dipaksa untuk hidup dan bekerja di bawah paras yang digariskan.

Persekutuan Sukan Komanwel (Commonwealth Games Federation) telah berulang kali menyatakan keprihatinan tentang kelewatan kerja kerja persiapan sukan tersebut, yang akan melibatkan 6.000 atlet dari negara negara bekas jajahan Inggeris. Mereka akan bersaing pada 17 acara sukan.

Presiden Persekutuan Mike Fennell mengatakan pada bulan Disember lepas bahawa ia tertekan dengan laporan 'CGF evaluation commission' bahawa 2 tempat utama pertandingan tidak akan siap sehingga Jun 2010, kurang daripada 3 bulan sebelum upacara pembukaan bermula.




Stadium Jawaharlal Nehru di New Delhi dalam pembinaan menjelang 'Commonwealth Games' Oktober 2010

Suruhanjaya (CGF evaluation commission) juga mengatakan bahawa kerja kerja di Stadium Jawaharlal Nehru, di mana upacara pembukaan dan penutupan akan diadakan dan juga kompleks kolam renang sudah jauh tertinggal dari apa yang dijadualkan.

- Terjemahan bebas oleh aku dari www.dailymail.co.uk/news (kalau kurang tepat, minta maaf. Terima Kasih)

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...