Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

11 February 2010

Tolong semak anda ada saman atau tidak ?



Baru baru ini Polis naik gaji. Wah untung lah anggota Polis sekelian. Tahniah lah aku ucapkan. Entry kali ini bukan pasal itu tetapi berkait dengan Polis lah jugak. Aku nak berkongsi cerita bukan pasal tangkap menangkap tetapi cerita semakan sama ada kita ada saman atau tidak.

Aku percaya mesti ramai yang berkata, "aku dah check dan tak ada saman". Lega lah rasa nya. Lagi pun selama ini perbaharui cukai jalan dan insuran tak ada masaalah. Kalau ada saman mesti tak lepas urusan urusan tersebut. Itu dulu..... Sekarang mungkin tidak lagi.

Semalam sahabat aku pergi ke Ibu Pejabat Polis Trafik Klang kerana dia dah dapat 'surat cinta' dari Polis yang kata dia ada 5 saman tertunggak berjumlah RM900. Apa yang aku cuba nak bagitahu ialah:

1. Kalau nak semak saman Polis dan JPJ melalui Online/internet kena gunakan maklumat kita satu persatu. Maksud nya, kalau semak guna nombor pendaftaran kenderaan dan semakan tersebut menunjukkan tiada saman. Jangan terus 'happy'. Cuba pula guna i/c baru. Kalau tak ada jugak, guna pula i/c lama. Kalau semua dah cuba dan masih 'clear', boleh lah tarik nafas lega.

2. Sahabat aku tu semak guna No. pendaftaran kereta, tak ada saman. Bila semak guna i/c lama ada 5 saman berjumlah RM900.

3. Aku pulak semak guna no.pendaftaran kereta dan i/c lama, tak ada saman. Bila semak guna i/c baru ada 6 saman berjumlah RM970. Habis duit bonus bayar saman....Waa!!!.. waa!!!..waa!!!!!!

4. Jangan ingat apabila kita boleh memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan, itu bermakna kita tidak ada saman. Sebab itu kita ada dengar yang pemandu bas ekspress ada 19 saman. Ada kawan aku sorang lagi bila semak, ada saman tahun 1999. Kereta yang kena saman tu pun dah lama dijual.

Kesimpulan nya semak saman anda betul betul. Mana lah tahu, kan Polis baru naik gaji. Dalam pada banyak jabatan kerajaan kena potong bajet, aleh aleh ada yang naik gaji. Pelik kan?!.

Semak saman anda di http://www.rilek.my/webapps/pdrm

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...