Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

24 February 2010

Tarif Air: Lawan tetap lawan, Kerajaan Selangor Sedia Ke Mahkamah



SHAH ALAM, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Feb lepas menuntut Kerajaan Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di sini pada Rabu.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.

"Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas telah melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Perlanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengelakkan kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan negeri membuat tawaran munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

"Kerajaan negeri berpendapat tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, pemegang konsesi dan Kerajaan Pusat," katanya.

Abdul Khalid berkata setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah. - Bernama

Aku cuma nak kata:
Itu lah masaalah nya kalau bisnes bersifat 'kapitalis'. Bukan nya tak untung tapi kalau dah jenis lintah darat bukan nya dia peduli. Selagi boleh sedut darah majoriti rakyat, syarikat kapitalis ini akan sedut hingga kurus kering. Dalam kepala hotak CEO dan top leader tak ada 'wirid' lain kecuali untung lagi dan lagi lagi untung. Andaikata kalau rugi sampai nak muflis, cari orang politik yang berpengaruh, mintak tolong 'bail out' guna duit yang rakyat simpan di KWSP atau tabung wang pencen atau apa sumber pun. Pusing kot mana pun, duit rakyat yang jadi mangsa.

Kepada Kerajaan Negeri Selangor harap dapat lawan
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Jangan bagi syarikat ini bongkak sangat. Dah lama sangat syarikat ini duduk dibawah ketiak Kerajaan Negeri yang lama (UMNO/BN) dengan menukar baju dari Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) kepada (SYABAS) sedang kan hakikat nya sama....penyedut darah rakyat.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...