Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 February 2010

Sambutan Maulidur Rasul: Kecoh yang tak tentu pasal


Gambar hiasan

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis


Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya. - Malaysiakini

Aku cuma nak kata: Selepas berdentum dentam UMNO menghentam Ketua Menteri Lim Guan Eng, kerana beliau dikatakan membatalkan perarakan Maulidur Rasul, aleh aleh keluar berita negeri yang BN sendiri perintah pun tak buat perarakan Maulidur Rasul. Tak ke malu sendiri. Mana nak letak muka?. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang begitu 'hot', tak mahu ke nak hentam pula Menteri Besar negeri negeri berkenaan ?.

Masa isu ini hangat, aku tunggu juga alim ulama dalam kerajaan dan UMNO, kalau kalau ada yang nak komen atau keluar pendapat. Sayang nya tiada yang bersuara. Akhir nya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersuara mengatakan
tak perlu sambut Maulidur Rasul. Mula nya aku ingat lunyai lah Tuan Guru kena tibai akibat kenyataan nya itu apa tah lagi kenyataan itu seolah olah senada dengan Lim Guan Eng seperti yang didakwa oleh DS Reezal.

Teringat masa aku mengaji dulu, ustaz ada cakap bahawa orang yang paling gembira dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab, seorang pembesar Quraisy. Abu Lahab sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada masyarakat Makkah bahawa dia lah manusia yang paling gembira. Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak 7 kali. Gembira sungguh dia.

Apa pula yang Abu Lahab buat setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang menentang hebat sehingga keakhir hayat kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.

Kesimpulan nya aku berpendapat, kalau nak sambut pun boleh. Tak sambut pun boleh. Aku rasa yang heboh diperkatakan sebenar nya bukan lah sambutan Maulidur Rasul itu, tetapi perarakan sempena Maulidur Rasul. Ada yang nak berarak dan ada yang tak nak. Cuma dalam isu ini kalau boleh jangan lah sampai nanti ada orang digelar 'Abu Lahab Moden'..............

Sendiri mau ingat.....Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...