Gambar ini aku ambil pada 15/2/2010 iaitu hari ke-2 Tahun Baru Cina. Tidak ada apa yang menarik nya gambar diatas kan!, tetapi bagi aku ia nya menceritakan sesuatu. Cuba perhatikan papantanda ' TAHUN BARU CINA KEDAI DIBUKA'. Mungkin tidak pelik bagi orang lain tetapi pelik bagi aku sebab tuan punya kedai ini ialah orang Cina. Dari apa yang aku perhatikan masa keluar jalan-jalan di sekitar Meru dan Klang, ada 2 lagi kedai yang tulis papantanda seperti diatas dan banyak juga kedai Cina yang menjalankan perniagaan pada hari ke-2 Tahun Baru Cina. Antara nya kedai runcit dan bengkel membaiki kenderaan.
Kalau dulu masa zaman mak ayah, aku masih ingat lagi apabila tiba Tahun Baru Cina kebanyakan keluarga masa itu terpaksa simpan stok sardin, ikan bilis dan seumpama nya kerana orang Cina masa itu sambut Tahun Baru Cina paling kurang pun seminggu. Sekarang ini mengapa ada antara mereka ini tak mahu beraya ?. Ada kah kerana :
1. Sebagai pekedai, mereka nak untung lebih sebab orang lain tutup dan dia buka.
2. Ekonomi secara keseluruhan nya tidak memberangsangkan. Kalau tutup kedai pun sewa kena bayar juga. Sewa kedai sekarang pun bukan nya murah. Oleh itu selagi boleh, kedai akan dibuka.
3. Dulu kurang saingan. Sekarang saingan makin sengit. Makin ramai antara mereka berniaga benda yang sama. Oleh itu margin keuntungan pun makin sedikit.
4. Pengguna/pembeli semakin berhati hati. Ramai antara nya sudah mula membeli kerana keperluan dan bukan nya kerana kemahuan. Apabila pelanggan semakin kurang maka perniagaan terpaksa dioptimumkan. Kalau boleh buat macam KFC, buka 365 hari setahun.
Sekian.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment