Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 February 2010

Menteri kata tak naik tetapi CAP kata ada barang naik hingga 140%

PULAU PINANG 6 Feb. – Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.

"Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti Milo, susu pekat manis dan rempah-ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini. – Bernama

Aku cuma nak kata:
Betul ke niiiii?. Betul ?. Bukan main-main ke?. Kalau lah betul, habis tu yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan DS Ismail Sabri Yaakob kata harga barang tidak naik tu bohong belaka lah ye!?. Baru lagi dia cakap, dalam bulan Januari tahun ini jugak. Mengapa ?, tak percaya ?. Baca kenyataan nya dibawah ini:

PUTRAJAYA: Harga barangan keperluan dijangka tidak mengalami sebarang kenaikan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana tiada sebarang kenaikan harga minyak, dan mekanisme baru mengenai subsidi petrol pula tidak melibatkan diesel.

"Barangan keperluan biasanya diangkut dengan menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel, dan diesel tetap kekal harganya seperti sekarang, jadi dari segi minyak tidak akan menyebabkan kenaikan barang dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Klik sini untuk baca seterus nya.

" Err...tak pe, kita perlu kurang kan penggunaan dan pengambilan kacang hijau dan bawang putih. Kalau gula boleh menyebabkan kencing manis, kacang hijau boleh membuatkan angin satu badan dan akan menyebabkan kentut yang berpanjangan. Manakala bawang putih pula boleh menyebabkan ketiak berbau tengit dan hangit. Oleh itu kurang kan lah penggunaan kedua dua barangan ini ". Begini lah agak nya kenyataan yang akan dibuat oleh Menteri........, Menteri London lah bukan menteri sini... he...he..he.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...