Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 February 2010

KD Tunku Abdul Rahman - Belum mula sudah sarat dengan masaalah


KD Tunku Abdul Rahman - Captain and Crew

BELUM pun sempat beroperasi kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah rosak dan tersadai. Walaupun rosaknya kecil saja kata Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar tetapi ia dipanggil rosak juga. Tentulah kerosokan kecil itu menyebabkan kapal itu tidak sempurna dan tidak boleh dipakai.

Apa lagi peralatan perang cukup sesnsitif dan perlu dalam keadaan sempurna dari semua segi. Bayangkan bagaimana kalau tiba-tiba negara kita diserang, ibarat kata tinggal tersadai di pengkalan sajalah kapal itu. RM 1 billion hangus begitu saja tidak boleh dijadikan perisai menyelamat dan mempertahankan negara. Jawabnya terpaksalah guna meriam buluh dan perahu saja untuk menghadapi musuh.

Kapal itu baru saja dibeli dan tiba di negara ini September tahun lepas. Bukan main lagi ianya ditepong tawar pada hari ketibaannya. Kalau tak silap dibuat telecast ketibaannya. Seluruh rakyat Malaysia dari segenap corok melihat acara berkenaan. Tujuannya supaya rasa merasa agah dan bangga negaranya sudah ada kapal selam canggih.

Menurut Abdul Aziz, sebelum ini kapal itu juga sudah dikenal pasti mengalami keroskakan. Kerosakan kecil juga. Tetapi sudah pun diperbaiki. Erti dan maknanya sudah dua kali kapal itu rosak.

Saya rasa bukan saja saya, orang lain juga hairan dan tertanya-tanya kenapa kapal selam jenis Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol itu boleh rosak atau telah rosak. Walhal kapal itu dikatakan tercanggih didunia pada masa ini dan terbaru. Entah-entah bukan baru kok, takut yang second hand.

Kementerian Pertahanan manalah tahu baru atau second hand, mereka hanya tahu terima saja. Manakala syarikat yang menjadi consultant pula tidak peduli ia sempurna atau tidak, yang penting komisyen saja. Tengoklah apa jadi dengan dua enjin F5E sampai dicuri pun tidak disedari. Dah, menteri pertahan pula terkial-kial nak buat penjelasan sampai terpaksa Peguam Negara membantu untuk meredakan keadaan.

Apakah isu komisyen pembelian kapal selam membabitkan lebih RM800 juta dulu ada kena mengena dengan kapal selam yang rosak itu? Barang kali mungkin.

Sama-samalah kita dengar apa ulasan dan penjelasan lanjut menteri pertahanan mengenai hal ini. Apakah kerosakan itu serius dan apakah puncanya. Atau apakah akan ada kerosakan lain pula ditemui selepas ini. Dan kalau boleh Zahid Hamidi jelaskan juga berhubung dengan komisyennya seperti mana digembar gemburkan dulu benar atau tidak angka itu dan siapa yang menerimanya. Sebagai menteri pertahanan kita percaya Zaid tentu ada maklumat terperinchi mengenainya.

Kesediaan Zahid mendedahkan butiran itu menunjukkan wibawa Zahid sebagai seorang menteri yang dikira mempunyai intergriti lebih sedikit berbanding dengan sesetengah menteri lain. - www.msomelayu.blogspot.com

Artikel berkaitan:
1. ATM pandang serius kapal selam Scorpene rosak

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...