Entah berapa kali dari dulu hingga sekarang cerita pembangunan Kg.Baru ini tenggelam timbul. Kali terakhir aku dengar isu pembangunan Kg.Baru ialah pada 2008 apabila pembangunan Kg.Baru adalah antara yang dimasukkan kedalam 'Draf KL2020'. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempertikaikan penglibatan langsung Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang dipengerusikan oleh Rahim Tamby Chik dalam Projek Pembangunan Semula Kg. Bharu (baca sini). Bagi aku DPPWP mempunyai asas untuk mempertikaikan peranan GABEM kerana GABEM tidak mempunyai apa apa pun kaitan atau pertalian sejarah dengan Kg. Baru. Mengapa pula tiba-tiba nama GABEM ada dalam pelan tersebut sedang kan pada waktu itu sudah pun ada Lembaga Pentadbiran MAS (‘Malay Agriculture Settlement’) yang memang selama ini menjalankan urus tadbir Kg.Baru ? (baca sini). Pasti ada sesuatu 'hidden agenda'. Selepas itu cerita senyap sampai sekarang. Draf KL2020 itu masih ada lagi ke?, dah diluluskan ke? atau apa jadi?.
Ramai juga yang mungkin tidak tahu bahawa status tanah Kg. Baru masih tertakluk di bawah undang-undang tanah rizab Melayu dan Kg. Baru terikat di bawah Enakmen Tanah Negeri Selangor bukannya milik persekutuan. Aku ingat lagi dulu dulu kalau ada isu Kg.Baru, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz iaitu Ayahanda Sultan Selangor sekarang akan membuat lawatan ke Kg.Baru dan isu Kg.Baru akan senyap kembali (baca sini).
Baru baru ini Kampung Baru kembali menjadi isu apabila DS Najib melakukan lawatan kesana. Lawatan yang mungkin ada sesuatu makna atau strategi yang baru. Siapa tau??. Apa yang aku perasan dalam berita arus perdana tidak ada pun disentuh berkaitan DrafKL2020, GABEM dan MAS. Seolah olah sebelum ini benda ini tidak pernah ujud. Yang banyak nya adalah agenda baru oleh orang baru. Antara nya yang terbaharu seperti dibawah:
Baru baru ini Kampung Baru kembali menjadi isu apabila DS Najib melakukan lawatan kesana. Lawatan yang mungkin ada sesuatu makna atau strategi yang baru. Siapa tau??. Apa yang aku perasan dalam berita arus perdana tidak ada pun disentuh berkaitan DrafKL2020, GABEM dan MAS. Seolah olah sebelum ini benda ini tidak pernah ujud. Yang banyak nya adalah agenda baru oleh orang baru. Antara nya yang terbaharu seperti dibawah:
Kerajaan tak akan terburu-buru dalam bangunkan Kg Baru
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam melaksanakan pelan pembangunan semula Kampung Baru di sini, dan akan memulakannya hanya selepas mendapat persetujuan daripada penduduk dan pemilik tanah kawasan berkenaan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penjelasan dan perbincangan mengenai projek itu kepada penduduk akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa yang agak lama.
"Proses perbincangan dengan penduduk mungkin mengambil masa tiga, enam bulan atau mungkin setahun, selepas itu barulah boleh teruskan dengan sebarang projek pembangunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ketiga Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata, persetujuan untuk melaksanakan pelan pembangunan Kampung Baru itu pastinya tidak akan mencapai 100 peratus, kerana ada pemilik tanah yang tidak dapat dikesan.
Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, kerajaan juga mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan untuk membangunkan kawasan itu.
Beliau berkata, baginya apa yang penting ialah rakyat khususnya penduduk dan pemilik tanah Kampung Baru perlu berpuas hati dengan apa yang kerajaan sedang lakukan, dan kerajaan ingin mewujudkan suasana menang-menang kepada semua dalam perkara ini. – Bernama
Sebenar nya pada pandangan aku, isu Kg.Baru ini agak unik dan melibatkan banyak pihak. Pihak yang meleleh air liur, pihak yang menjadi proksi, alibaba dan lain lain pihak yang berkepentingan untuk meraih laba dari Kg.Baru terpaksa berhati hati kerana tersilap langkah akan memberi implikasi yang amat besar kepada orang melayu dan kerajaan yang memerintah. Kita dan penduduk Kg.Baru sepatut nya sudah banyak belajar dan mengambil tauladan dengan apa yang terjadi kepada melayu P.Pinang.
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment