Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 February 2010

Polis beri amaran kepada semua 'PENJAJA' kes liwat Anwar

2 artikel dibawah, satu dari utusan online dan lagi satu dari laman blog syukran.wordpress.com. Utusan menulis bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beri amaran akan mengambil tindakan tegas kepada 'penjaja' kes liwat DS Anwar. Siapa sebenar nya yang mula mula menjaja cerita merapu kes liwat ini. Setelah terperangkap dan skrip mula nampak tak 'real', maka terpaksa suruh Polis ugut. Artikel oleh Herman Samsudeen memang ada benar nya dan sekali gus memberitahu kepada para pembaca bahawa 'penjaja' kes liwat ini terdiri dari kedua dua pihak. Oleh itu kalau nak ambil tindakan, tolong jangan pilih bulu ye...!!!

Apa apa pun kita tonton dulu klip video Saifuddin Nasution yang mendakwa ada bukti bahawa Saiful tidak diliwat. Lepas tonton, fikir sendiri lah.....





Jangan 'jaja' kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang 'menjaja' kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk melalui ceramah- ceramah politik.

Sehubungan itu, pihak yang merancang berbuat demikian dinasihati agar membatalkan hasrat tersebut kerana boleh dianggap subjudis dan menghina mahkamah.

Menurut sumber, polis sedang memantau semua ceramah politik khususnya yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara bagi memastikan arahan itu dipatuhi.

"Bagi polis, jika mahkamah mengeluarkan arahan untuk menangkap mereka terbabit, kita akan tangkap.

"Ini termasuklah individu berkenaan sendiri (Anwar) supaya tidak menyebut kes itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan kes liwat Anwar sebagai modal menarik perhatian orang ramai dalam ceramah tertentu.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, jika dibiarkan, ia akan menjadi trend untuk mana-mana tertuduh menjaja cerita mereka tidak bersalah di tempat awam. - Utusan online

-----------------------------------------------------------------------

Liwat : Mahkamah menghina dirinya sendiri!
Herman Samsudeen

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”. Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.

Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.

Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur. - http://syukran.wordpress.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...