Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 January 2010

MERANTAU !!!. Di mana filem kita?




Mintak maaf kengkawan !. Saja nak cerita kosong.....

Sambil sambil 'surfing internet' sesekali mata dok toleh jugak ke kaca TV. Filem 'PENDEKAR' ditayangkan di TV3. Filem yang bertemakan 'SILAT' ini adalah keluaran tahun 1977 (aku tingkatan 5 la..) dan dibintangi antara lain oleh Deddy M.Borhan, Aziz Jaafar, Malik Selamat, A.Rahim, Teh Faridah dan Noor Azizah. Turut membintangi adalah pelakon Indonesia yang terkenal pada masa itu, Farouk Afero.

Secara kebetulan semasa meng'google' aku terjumpa pulak 1 filem terbitan dari Indonesia yang aku tak pernah dengar pun sebelum ini. Tajuk filem tersebut ialah 'MERANTAU' diterbitkan pada 2009. Kalau tengok tajuk macam cerita sedih aja, tapi sebenar nya filem ini bertemakan 'SILAT'. Mungkin promosi nya tak hebat macam promosi filem di Malaysia. Di Malaysia, promosi nya memang hebat tapi filem nya banyak yang berstatus hampas.

Kalau tengok dari aksi pertarungan nya, filem ini tak kalah kalau nak dibanding dengan filem filem Kungfu Jacky Chan dari Hongkong dan filem 'Ongbak' dari Thailand. Malaysia bila lagi nak buat filem macam 'MERANTAU'. Tak kan nak harap filem 'PENDEKAR' tu aje kan!!!. Aksi pertarungan tak 'real' langsung. Mungkin dulu kira okey tapi sekarang buat penonton gelak saja. Lagi pun filem tu dah lama dah !!!

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...