Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 January 2010

Oh!!! bangga nya aku, TNB catat untung bersih RM706.3 juta


Datuk Seri Che Khalib dan Tan Sri Leo Moggie (kanan) pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan TNB di Kuala Lumpur

Keputusan Q1 TNB lepasi jangkaan: MIDF Research

KUALA LUMPUR 21 Jan 2010: MIDF Research berkata keputusan suku pertama Tenaga Nasional Bhd (TNB) adalah lebih baik daripada jangkaannya sendiri dan pasaran.

"Keuntungan bersih suku pertama Tenaga Nasional berjumlah RM706 juta, menyumbang 33 peratus daripada unjuran setahun penuh kami sebanyak RM2.6 bilion," kata firma penyelidik itu hari ini.

Bagi suku pertama berakhir 30 November, 2009, TNB mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2008, disebabkan kerugian dalam tukaran asing yang lebih rendah sebanyak RM45.4 juta berbanding RM1.43 bilion sebelumnya, selain perbelanjaan operasi yang lebih rendah berikutan kos bahan api yang berkurangan.

Keuntungan sebelum cukai sebanyak RM973.1 juta berbanding kerugian RM772.7 juta manakala perolehan susut kepada RM7.338 bilion daripada RM7.414 bilion berikutan penurunan tarif, berkuatkuasa Mac tahun lalu.

Firma penyelidik lain, Kenanga Research berkata keuntungan berulang suku pertama Tenaga Nasional sebanyak RM869 juta itu mengatasi jangkaan.

Mengenai kajian semula tarif, Kenanga Research berkata sebarang kenaikan tarif hanya akan membantu menangani peningkatan harga gas TNB dan mengurangkan beban subsidi gas kerajaan. - Bernama

Aku cuma nak kata:

Yang untung TNB, tetapi yang menjadi kaya raya dan gemok gedempol adalah IPP kerana IPP menyedut keuntungan TNB sehingga TNB menjadi kurus kering. Walau pun begitu apa nak kesah....., ramai staf IPP pun asal nya dari TNB jugak.. kan...kan ?!!!..


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...