Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

10 January 2010

Gereja dibakar: Kerajaan gagal bendung kemarahan dari awal, media pula batu api


Siapa dan apa kaitan Pewaris, Perkasa dan Pekida ini pada UMNO.....???

KOTA BHARU, 10 Jan: Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah.

Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain.

Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum.

Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar.

“Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup.

“Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini.

Beberapa gereja menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga merosakkan sebahagian prasananya. Antaranya Gereja Metro Tarbenacle, Gereja Assumption dan Gereja Chapel kesemua di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan membenarkan penerbitan milik Katholik menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘god’ dalam bahasa Inggeris.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Kelantan berkata, isu berasaskan sentimen perkauman itu telah diperbesarkan begitu rupa sehingga mencetuskan suasana tidak senang.

Oleh itu beliau berharap mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden terbabit dihadap ke muka pengadilan.

Kerajaan diingatkan tidak melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Menurutnya juga isu perkauman di negara ini seperti sukar berakhir kerana ia sudah menjadi teras kepada perjuangan Umno yang hanya mengutamakan bangsa.

“Apabila rakyat tidak lagi menghormati hak asasi manusia dan kebebasan beribadat di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, maka tidak hairanlah berlaku perbuatan khianat terhadap rumah-rumah ibadat.

“Sedangkan Islam melarang keras tindakan sedemikian, bahkan Rasulullah saw pernah mengingatkan masyarakat di zamannya menghormati golongan bukan Islam termasuk tempat ibadat mereka.

“Ini menggambarkan betapa suci dan murninya Islam yang mementingkan keharmonian kehidupan masyarakat,” ujarnya. - Harakahdaily

Aku cuma nak kata:
Kerajaan, kementerian dan jabatan jabatan berkaitan dengan keselamatan negara ternyata tidak langsung mengambil langkah atau tindakan yang sewajar nya sehingga lah tercetus nya insiden gereja dibakar. Sebelum ini pun ada juga insiden insiden demo dan pehimpunan. Apa kah mereka ini ingat yang rakyat buta dan tidak melihat.

Cuba kita lihat apa tindakan kerajaan melalui pihak berwajib seperti Polis apabila sesuatu demo atau perhimpunan itu dianjur dan disertai oleh parti pembangkang. Sebelum demo atau perhimpunan lagi telah dikeluarkan berbagai larangan dan ugutan. Alasan typikal ialah tidak mendapat permit dan mengganggu ketenteraman awam, atau lebih parah lagi dicap sebagai menggugat keselamatan negara. Segala larangan dan ugutan ada lah supaya demo tersebut gagal mengumpulkan ramai orang dan bila tak ramai, esok nya nanti akan keluar berita muka depan "perhimpunan @ demo pembangkang tidak mendapat sambutan". Pada hari demo pula berpuluh puluh sekatan jalanraya dan lebuhraya diadakan. Tujuan nya untuk menyusahkan dan membuat orang ramai marah pada penganjur. Aku pernah kena dilebuhraya persekutuan dekat Shah Alam. Yang geram tu ditutup nya jalan dan tinggalkan hanya 1 lorong dan polis hanya bersembang, tidak langsung memeriksa kenderaan yang lalu. Andaikata orang ramai menyertai juga demo, masa ini lah polis/FRU menunjukkan aksi nya membalun, membedal, memukul dan menangkap. Contoh situasi yang aku cerita diatas adalah seperti demo ISA (1/8/2009) dan demo bantah PPSMI (7/3/2009)


Sekarang kita lihat pulak demo@perhimpunan yang tidak melibatkan parti pembangkang secara rasmi. Biasa nya dianjurkan oleh UMNO sendiri dan NGO-NGO melayu yang pro UMNO. Apakah tindakan pihak berwajib seperti polis?. Aku tidak pernah dengar lagi polis mempertikai atau memberi tahu bahawa pehimpunan ada permit tetapi kalau pembangkang, permit adalah syarat wajib. Polis yang ada pun hanya melihat sahaja tanpa mengambil apa apa tindakan. Contoh situasi ialah seperti demo kepala lembu dan demo bantah Lim Guan Eng pasal DEB (
baca sini).

Oleh itu kesimpulan nya jangan lah marah kan kalau rakyat teramai membuat spekulasi bahawa demo @ perhimpunan membantah 'kalimah Allah' dan perbuatan bakar gereja didalangi oleh UMNO dan seolah olah direstui oleh pemimpin UMNO sendiri. Kalau nak kira marah pasal penggunaan nama Allah itu, aku pun marah tetapi apakah demo tu boleh selesaikan masaalah tersebut.


Mengapa kerajaan tidak memberitahu rakyat bahawa permit penerbitan Herald the Catholic untuk tahun 2010 telah pun dilulus mengikut syarat seperti permit 2009 iaitu tidak menggunakan nama 'Allah'.


Mengapa juga kerajaan melalui KDN tidak bertegas memberi amaran menarik balik permit atau paling tidak pun cepat cepat gunakan tangan ghaib meminta mahkamah rayuan menangguh keputusan macam kes perebutan menteri besar di Perak.


Oleh itu sekali lagi tolong jangan salah kan rakyat kerana rakyat melihat dan tidak buta.

Sekian.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...