08 January 2010

Najib: Kadar baru tol adalah ‘munasabah’ kepada rakyat



PETALING JAYA, Jan 8 — Kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.

“Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol) nanti,” katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini hari ini.

Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah ‘munasabah’ kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada.

“Kalau ada laluan sesak, cepat-cepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

“Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata pembangunan lebuh raya adalah sangat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan penempatan dan kawasan perindustrian baru yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

“Saya percaya sistem lebuh raya kita dapat cetuskan kerancakan ekonomi di tahap tinggi kerana pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung kepada jaringan lebuh raya yang canggih dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian kadar baru tol itu terletak di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM). — Bernama


Harga baru roti jenama 'Gardenia' yang naik baru baru ini

Aku cuma nak kata:
Awal tahun baru, ramai antara kita terpaksa menambah atau membuat hutang baru apabila gula , roti, rokok, barang kelengkapan sekolah anak anak dan segala macam lagi yang aku pun mungkin tak tahu naik mendadak. OK, rokok tolak tepi sebab rokok bukan keperluan.

Belum pun reda dengan segala masaalah kenaikan tersebut, sudah pun diumumkan bahawa pada Mei nanti, akan ada 2 harga untuk minyak petrol (
baca disini). Apa yang dibimbangi ialah kenyataan kenyataan menteri yang berbelit belit @ menipu dan akhir nya kita sebenar nya membayar pada harga yang lebih dari sebelum nya.

Kini kadar tol pulak. Ada harapan turun tak ?.... Jangan mimpi la.... OK kalau tol naik, apa biasa nya akan terjadi seperti masa masa yang lepas ?. Oleh itu bersiap sedia lah kita semua termasuk lah aku jugak.


Pastu kan, dalam kita dok sibuk mencongak congak untuk bajet kita, aleh aleh terdengar ada pulak cadangan terbaru kerajaan untuk menarik balik dan seterusnya menghapuskan elaun cola (baca disini). Kalau betul, apa kah masih boleh senyum lagi ??. Memang aku respek lah kalau boleh senyum lagi !!!... Senyum lah, senyum lah ahai cek mek molek !..he..he...

Oh ye...lupa pulak !!..tarif letrik bila nak naik ye?..

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


1 comment:

Lee Wee Tak said...

kadar tol munasabah? jika tak silap saya, menurut perjanjian nan digadai oleh pentadbiran BN, pengendali tol akan dijamin taraf keuntungannya.

jika kutipan tol tidak gapai taraf keuntungan nan disebut dalam perjanjian, pentadbiran BN akan menggunakan kutipan cukai dan hasil lain untuk membayar perbezaan itu.

hanya kocek kiri atau kanan eja....
kadar petrol pun naik. Dulu Ron 97 1.85 sudah melonjak kepada 2.05...sekarang gula naik dan tatkala GST masuk....undilah kerajaan Barisan Nasional

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...