KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.
Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini. - http://www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:
Zaman ini nampak nya masaalah masyarakat yang membabitkan institusi keluarga sudah semakin kronik. Kalau sebelum ini, anak yang tidak diundang kelahiran nya dibuang dimerata rata tapi kini anak pulak buang bapa nya sendiri. Sampai hati si anak ye!!.
Kalau mengikut dari apa yang dilapor oleh akhbar seperti diatas, memang lah seorang anak lelaki tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya. Sayang kan bini punya pasal, sanggup jadi seorang dayus. Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut.
Bila baca saja artikel berkenaan aku terus teringat 1 kisah masa aku berusia dalam 12 atau 13 tahun (tahun 70an). Dikampung, aku selalu melihat seorang tua (usia 40-50an) dengan keadaan tidak terurus menjadikan balairaya sebagai tempat rehat dan tidur nya. Aku lihat orang tua ini tidak seperti orang gila dan aku yakin dia normal.
Walau bagaimana pun aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan oleh arwah bapa aku.
Kepada anak lelaki yang buang bapa nya ini dan kalau dia terbaca blog aku atau kawan dia ke, tolong bagitahu dia bahawa aku kata dia seorang anak yang paling bodoh dalam dalam dunia kerana:
1. Anda hanya akan tahu betapa bernilai dan berharga nya seorang ayah atau emak apabila anda telah kehilangan mereka.
2. Kalau dah isteri menyampah kerana kerenah ayah anda yang sakit, bagaimana pula kalau anda sendiri sakit ?. Tidak kah isteri anda juga akan menyampah jaga anda?. Mungkin kalau anda kaya macam Datuk K, isteri anda tak menyampah lah, malah senyum sumbing kot mintak anda lekas mati supaya dia jadi janda kaya.
3. Isteri anda bukan lah seorang isteri yang baik (kalau mengikut dari cerita akhbar diatas). Satu hari nanti isteri anda akan menyusahkan anda dan anda akan menyesal tak sudah.
4. Ayah dan emak tidak ada pengganti. Walau macam mana mereka menyusahkan anda masa mereka dah tua dan sakit, anda diam saja lah.
Sekian coretan aku....Wallahualam!!!!

Satu hari aku tanya arwah ayah aku, siapa dan mengapa orang tua itu jadi begitu. Ayah aku kata orang tua itu mempunyai isteri dan anak anak yang berjaya. Anak anak nya tidak memperdulikan nya kerana masa muda dia adalah seorang ayah yang tidak langsung bertanggungjawab. Seorang kaki judi dan kaki mabuk. Masa tu di kampung aku ada 1 kedai cina yang jual arak dan juga tempat orang main mahjong @ bacuk. Yang 'best' nya, kaki mahjong majoriti orang melayu. Orang cina duduk tepi jadi penonton. Kalau tak cukup kaki baru lah orang cina ni 'joint'. Kedai tu pulak dekat dengan masjid. Rasa nya semua orang tahu bagaimana perangai kaki judi dan kaki mabuk. Anak anak dan isteri dia selalu makan penampar dan sepak terajang, apatah lagi bila kalah judi dan sedang mabuk. Isteri nya lah yang terpaksa menyara anak anak dengan menyemat atap. Cuba kita ada lah anak orang tua itu, apa kah yang akan kita laku kan ?. Memang betul, busuk busuk pun bapak kita jugak, tetapi kita tak kena, boleh lah cakap...
Walau bagaimana pun aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan oleh arwah bapa aku.
Kepada anak lelaki yang buang bapa nya ini dan kalau dia terbaca blog aku atau kawan dia ke, tolong bagitahu dia bahawa aku kata dia seorang anak yang paling bodoh dalam dalam dunia kerana:
1. Anda hanya akan tahu betapa bernilai dan berharga nya seorang ayah atau emak apabila anda telah kehilangan mereka.
2. Kalau dah isteri menyampah kerana kerenah ayah anda yang sakit, bagaimana pula kalau anda sendiri sakit ?. Tidak kah isteri anda juga akan menyampah jaga anda?. Mungkin kalau anda kaya macam Datuk K, isteri anda tak menyampah lah, malah senyum sumbing kot mintak anda lekas mati supaya dia jadi janda kaya.
3. Isteri anda bukan lah seorang isteri yang baik (kalau mengikut dari cerita akhbar diatas). Satu hari nanti isteri anda akan menyusahkan anda dan anda akan menyesal tak sudah.
4. Ayah dan emak tidak ada pengganti. Walau macam mana mereka menyusahkan anda masa mereka dah tua dan sakit, anda diam saja lah.
Sekian coretan aku....Wallahualam!!!!
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
2 comments:
Saya juga percaya berkenaan hukum karma ibu dan ayah mengabaikan tanggungjawab kepada anak dan akhirnya anak pun tidak mahu menjaga mereka. namun saya percaya, ayah lelaki itu tidak termasuk dalam golongan terbabit. Hari ini, anak lelakinya membuat penjelasan bahawa ayahnya suka merempat dan disebabkan kehadiran ayahnya menyebabkan si ibu dan suami baru serta anak isteri rimas. Kalau benar ayahnya jahat sewaktu muda, pasti si anak membuka kisah itu kepada pemberita namun tidak.
Terima Kasih frizzy fai kerana singgah & beri komen. Saya sependapat dengan kamu.Sebab itu lah saya tulis secara 'berlapik' seperti:
1.....Kalau mengikut dari apa yang dilapor oleh akhbar seperti diatas...
2. aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan.
Kita pun tak tahu situasi sebenar. Pemberitaan suratkhabar kadang kadang lebih kepada untuk mensensasikan cerita sehingga adakala nya lari dari maksud yang sebenar.
Wallahuallam!!!
Post a Comment