Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 January 2010

Petrol RON98 naik lagi !!!, Shell V-Power la...



Siang tadi dalam perjalanan ke Imbi Plaza K.Lumpur, aku singgah untuk isi minyak di Stesen Minyak Shell. Dulu aku rajin jugak isi di Petronas, tetapi sejak Petronas hanya berminat untuk jual minyak RON95 aku tukar ke Shell. Di Shell terutama yang dilebuhraya dan bandar ada jual RON95, RON97 dan RON98. RON98 juga dikenali dengan Shell V-Power. Aku selalu campur minyak RON97 dengan RON98. Aku terkejut kerana harga nya dah naik dari RM2.25 menjadi RM2.38. Tak tahu lah samada Kerajaan atau Shell yang naik kan dan tak mustahil lepas ini RON95 dan RON97 akan jugak ikut naik. Harga untuk perbandingan:

Sebelum 1 Sept.2009
RON95 - RM1.75
RON97 - RM1.80
RON98 - RM2.05

Selepas 1 Sept.2009
RON95 - RM1.80
RON97 - RM2.05
RON98 - RM2.25 (naik 20 sen)

Semasa........
RON95 - RM1.80
RON97 - RM2.05
RON98 - RM2.38 (naik 13 sen)

Aku rasa sebenar nya tak ramai yang peduli tentang harga minyak RON98 ini sebab ramai beranggapan minyak jenis ini hanya untuk orang ada duit. Itu yang silap. Mengapa hak kita untuk mendapat minyak yang berkualiti baik semakin disusah kan. Minyak berkuali dapat membantu pembakaran yang baik, lebih lebih lagi untuk kereta yang sudah tua macam kereta aku. Lain lah kereta baru, isi minyak tanah pun mungkin tak rasa semput nya, sebab kereta baru.

Apa apa pun, sebenar nya aku cuma nak bagi tau bahawa sekarang ini kalau ada apa apa kenaikan harga, kita sebagai pengguna tidak perlu lagi diberitahu. Kenaikan pun tidak lagi dipanggil kenaikan tetapi diputar belit menjadi 'pengurangan subsidi' dan 'status barang kawalan yang ditarik balik'. Minggu lepas pun masa beli barang dapur, pasaraya pun dah mula suruh kita bawa beg plastik sendiri. Alasan menjaga alam sekitar digunakan, tetapi kalau nak plastik kena bayar 20 sen. Nampak sangat pasaraya pun dah mula nak jimat kos. Pada hemat aku, keadaan ekonomi sebenar nya semakin teruk, cuma kerajaan terpaksa 'cover' supaya rakyat tidak panik.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...