Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 January 2010

Palestin tambah derita - Mesir bina tembok sempadan

Askar Mesir maut di Gaza


CAIRO - NOVEMBER 22: In this handout photo provided by the Israeli Government Press Office (GPO), Egyptian President Hosni Mubarak (R) meets with his Israeli counterpart Shimon Peres during a meeting November 22, 2009 in Cairo, Egypt. Mubarak and Peres on Sunday acknowledged differences over the contentious issue of Jerusalem.

GAZA - Seorang askar Mesir terbunuh manakala empat penduduk Palestin cedera dalam satu pertempuran bersenjata semalam semasa satu perhimpunan diadakan bagi membantah pembinaan tembok antipenyeludupan di sempadan Gaza.

Keganasan itu merupakan yang paling serius melibatkan pentadbiran Mesir dan pasukan Hamas sejak Kaherah mula membina tembok besi bawah tanah sebulan lalu bagi mengekang penyeludupan senjata dan barangan melalui terowong-terowong bawah tanah ke Gaza.

Di sempadan Mesir, beberapa pegawai keselamatan berkata, askar berusia 21 tahun itu maut terkena tembakan yang dilepaskan dari bandar Rafah di sebelah Palestin.

Saksi-saksi di Gaza memberitahu, beberapa anggota polis Hamas melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Mesir.

Beratus-ratus penduduk Palestin keluar bagi membantah pembinaan tembok itu yang digelar sebagai 'tembok maut'.

Beberapa saksi menyatakan berpuluh-puluh penunjuk perasaan membaling batu ke arah askar-askar Mesir yang kemudian melepaskan tembakan sehingga mencederakan empat penduduk Palestin. - Reuters

Aku cuma nak kata:
Kesian umat Islam di Palestin. Ingatkan ada jiran yang seagama, boleh lah tolong meringankan sedikit beban penderitaan umat Islam Palestin. Namun apa yang terjadi tidak begitu. Pemimpin Mesir, Hosni Mubarak bukan sekadar tidak membantu malah bersetongkol dengan Israel untuk menganiaya Palestin. Dulu Israel membuat tembok dan sekarang diikuti oleh Mesir. Hosni Mubarak tergamak bertindak begitu hanya kerana Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Kadang kadang tingkah laku nya amat menyakitkan hati umat Islam keseluruhan nya.


In this handout photo provided by the Israeli Government Press Office (GPO), guest of honor United Nations Secretary General Ban Ki-moon speaks with Syrian President Bashar Assad as Egyptian President Hosni Mubarak stands with Finnish President Tarja Halonen and Israeli Prime Minister Ehud Olmert on Bastille Day on July 14, 2008 in Paris, France. Leaders joined Bastille Day celebrations by watching a military parade on the Champs-Elysees. The Union of the Mediterranean, French President Nicolas Sarkozy's brain child to increase ties and combat fundamentalism with the North African and Middle Eastern countries, now include all European Union member states on the insistence of German Chancellor Angela Merkel. - (July 14, 2008 - Photo by Francois Durand/Getty Images)


In this handout image provided by the Israeli Government Press Office (GPO), Israeli President Shimon Peres (L) shakes hands with Egyptian President Hosni Mubarak during a press conference on July 7, 2009 in Cairo, Egypt. Peres and Mubarek discussed a number of issues including Israeli settlement activity, the possibility of achieving a two state solution involving the Palestinians and the situation of Israeli soldier Gilad Shalit who was captured by Hamas in 2006. - (July 7, 2009 - Photo by GPO/Getty Images Europe)


Egyptian President Hosni Mubarak (R) speaks with Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Presidential Palace in Cairo December 29, 2009.

Sepatut nya kena ada ramai pemimpin yang mengaku Islam di seluruh dunia mencontohi PM Turki Recep Tayyip Erdogan berurusan dengan pemimpin-pemimpin Israel. PM Turki tersebut, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2009 terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


1 comment:

Anonymous said...

Sedih bila ada pemimpin berugama islam sendiri yang menikam saudara seugama hanya sebab kuasa. Semoga Allah melaknat mereka. AMIN!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...