28/1/2010 - Ribuan orang hadir di majlis ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah mengenai isu royalti minyak di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu Khamis malam.Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri yang lain termasuk Datuk Husam Musa.Dalam ceramahnya Ahli Parlimen Gua Musang itu antara lain mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa negeri itu berhak mendapat royalti minyak seperti Sabah dan Sarawak. Menurutnya royalti yang patut diterima ialah lima peratus. Katanya wang ehsan bukanlah royalti. Tengku Razaleigh juga menegaskan beliau tidak peduli apa orang nak kata tentang kehadiranya di ceramah anjuran Gegar itu dan dihadiri oleh pimpinan PAS.-Agendadaily.com
Aku cuma nak kata:
Majlis yang dianggarkan dihadiri oleh lebih kurang 100 ribu orang ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ku Li berucap kemudian nya dan berakhir kira kira jam 10.50 malam.
Dalam pada ramai ramai diatas pentas tetamu itu aku rasa anak Tun Ghafar Baba iaitu Tamrin Ghafar pun turut hadir. Itu semua sudah cukup bagus untuk menjadikan nya sebagai sokongan moral untuk rakyat Kelantan dalam isu ini.
Dibawah ini foto foto yang aku kutip dan kumpulkan. Aku cuma 'touch-up' supaya lebih berkualiti. Terima Kasih kepada Topeng Perak® Unmasked dan yang lain lain.

Tengku Razaleigh diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment