Oleh Tuan Musa Awang
Hanya Kedah, Selangor iktiraf muzakarah ulama 1995 anggap perokok pesalah syariah
MULAI 1 Januari lalu, kerajaan menetapkan harga minimum bagi rokok, iaitu RM6.40 bagi 20 batang, atau RM0.32 sen bagi setiap batang rokok, apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang diwartakan.
Langkah itu disambut baik kerana dapat menghindari golongan muda terutama pelajar membeli rokok. Sesetengah berpendapat, harga rokok perlu dinaikkan lebih tinggi bagi membendung aktiviti merokok dikalangan masyarakat.
Merokok adalah proses memasukkan bahan beracun ke dalam tubuh secara sukarela oleh perokok. Tidak kurang daripada 3,800 jenis racun disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu menghisap sebatang merokok. Pada masa sama, tidak kurang juga yang mengeluh, sudah pastinya si perokok.
Isu mengenai bahaya rokok ini bukanlah satu perkara baru. Beberapa fatwa dikeluarkan sebelum ini oleh ulama Islam antarabangsa seperti oleh Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar), Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby, Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi'i dari Syria, dan ulama Makkah Abdul Malik al-Ashami, dan juga fatwa Dr Yusuf al-Qardhawi.
Merokok haram hukumnya berdasarkan makna daripada zahir ayat Al-Qur'an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." Merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.
Sabda Baginda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith sahih melarang membazirkan harta kepada hal tidak bermanfaat. Membeli rokok bukan saja memperuntukkan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan boleh membawa kemudaratan. Dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Baginda SAW bersabda yang bermaksud "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.".
Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)." Rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jemaah solat.
Sejak 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKBHEAI) Kali Ke-37 memutuskan bahawa tabiat merokok adalah haram menurut pandangan Islam.
Akta, enakmen dan Ordinan Pentadbiran Undang-Undang Islam negeri-negeri memperuntukkan kenyataan Mufti tidak boleh dikatakan sebagai fatwa dan tidak akan menjadi undang-undang mengikat (binding) melainkan jika ia dikeluarkan melalui prosedur ditetapkan enakmen dan seterusnya disiarkan di dalam warta.
Penguatkuasaan fatwa adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri kerana pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawah negeri. Di samping itu, tidak ada mana-mana negeri boleh dipaksa menerima fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Perlanggaran terhadap fatwa yang diwartakan pemerintah negeri adalah kesalahan menurut undang-undang Jenayah Syariah. Semua negeri memperuntukkan hukuman kepada orang Islam yang melanggar fatwa, meskipun wujud perbezaan dari segi jumlah hukuman.
Pada 1997, tiga gadis Islam yang memasuki pertandingan Ratu Cantik di Petaling Jaya Selangor, didakwa atas kesalahan melanggar fatwa negeri Selangor yang menya takan adalah haram bagi wanita Islam menyertai sebarang jenis pertandingan Ratu Cantik (Pendakwa Syarie lwn. Fahyu Hanim Ahmad dll. (2000) JS 8(1),137).
Tahun lalu, lelaki yang mendakwa dirinya Rasul Melayu, Kahar Ahmad didakwa kerana menghina pihak berkuasa agama, menurut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang menyebutkan, "Mana-mana orang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan :- (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam ; (b) Majlis (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."
Di Kedah, seseorang yang melanggar Perintah DYMM Tuanku Sultan boleh dikenakan tindakan menurut Seksyen 32, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 yang memperuntukkan bahawa "(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan boleh, sebagai Ketua Agama Negeri, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa, berkaitan dengan perkara khusus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak: Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh ditetapkan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di sub-seksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya."
Selangor sudah mewartakan fatwa pengharaman rokok pada tahun yang sama fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 dikeluarkan. Kedah turut mewartakannya pada tahun berikutnya. Maka orang yang menghisap rokok di negeri Selangor dan Kedah adalah pelaku jenayah Syariah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah kerana menghina pihak berkuasa agama, serupa dakwaan terhadap tiga peserta pertandingan ratu cantik dan Kahar Ahmad.
Sejak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan MKBHEAI dikeluarkan pada 1995, hanya negeri Selangor dan Kedah mewartakan fatwa berkenaan. Apa sudah jadi dengan negeri-negeri lain? Adakah negeri lain tidak mengiktiraf fatwa peringkat kebangsaan yang dikeluarkan itu?
Jika ya, apakah fungsi dan peranan sebenar MKBHEAI yang ditubuhkan ketika Sidang Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 1969 untuk memberi nasihat dan syor kepada Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan, pentadbiran Agama Islam dan pelajaran Agama Islam, dengan tujuan mewujudkan penyelarasan yang berkesan dan seragam antara negeri-negeri dalam pentadbiran hal ehwal orang Islam di negara ini tercapai. Di manakah integriti dan kewibawaan majlis di peringkat kebangsaan ini?
Fatwa rokok yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak 15 tahun lalu itu perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat.
Kita tidak dapat menerima alasan pihak yang melengahkan tindakan mewartakan fatwa ini di peringkat kerajaan negeri, setelah lebih sedekad fatwa peringkat kebangsaan itu dikeluarkan. Kelengahan berterusan jika terus dibiarkan, boleh memberi gambaran buruk kepada imej Islam.

sumber: Berita Harian, Rabu, 6 Januari 2010, m/s 31
Aku cuma nak kata:
Aku mula belajar merokok umur 7 atau 8 tahun. Tolong gulung rokok daun nipah atok dan nenek. Sekarang umur aku 49 tahun. Alhamdulillah Allah masih bagi kesihatan pada aku.
Aku pun rasa amat bangga dan bertuah kerana telah 3 tahun berhenti merokok. Sebenar nya memang tak susah kalau Allah yang bagi kekuatan. Minta maaf dulu, aku nak cerita seringkas yang boleh macam mana aku boleh berhenti merokok.
Aku adalah perokok tegar. Sehari 30 batang, 2 hari jadi 60 batang iaitu bersamaan 3 kotak. Dulu2 hisap rokok Benson, tapi kemudian tukar rokok murah bila harga rokok mula naik dan terus naik. Kali terakhir aku merokok, harga rokok Benson 20 RM8.20 dan rokok Winston 20 yang aku hisap RM6.70. Ada jugak lah cuba cuba nak berhenti tapi tak berjaya. Antara nya aku cuba guna 'Dtox' yg. titik kat lidah bila gian. Kawan aku yang jual benda tu pun sampai sekarang tak berhenti lagi. Isteri dan anak2 dah nak tak larat nak cakap. Bila aku batuk2, terpaksa lah aku terima kutukan mereka. Isteri selalu kata lepas solat dia selalu doa agar 1 hari nanti aku berhenti merokok.
1 hari 3 tahun yg lalu kawan rapat aku yg baru saja balik dari menunaikan haji mintak aku repair komputer nya yg. rosak semasa peninggalan nya ke Mekah. Aku buat 'part time' PC repair & service dan sewa sebahagian rumah kedai tingkat 1 dan dibawah adalah kedai TomYam. Lepas cerita lebih kurang pasal masaalah PC dia kita orang pun turun pekena teh tarik dan mee goreng sambil sembang sembang sebab dah sebulan lebih tak jumpa. Macam biasa lepas makan dan sambil menyembang, aku pekena rokok winston aku. Sebatang demi sebatang, sampai habis. Bila buka kotak rokok "Aisay men rokok habis pulak" dan dengan sepontan kawan aku ini kata " berhenti aje lah zi !, Si Polan tu dah berhenti, Sianu dah berhenti". Dia menyebut beberapa nama kawan2.
Percaya atau tidak!!, start dari dia cakap tu sehingga sekarang aku terus berhenti merokok "ON THE SPOT", pada hal nama2 member yg. dia sebut tu sampai sekarang masih isap lagi. Kah..kah!!...
Iktibar atau kesimpulan yang kalau boleh aku nak kongsi. ( betul atau tidak terpulang kepada masing masing).
1. Selama ini isteri aku berdoa supaya aku berhenti merokok tapi mungkin doa tersebut tidak cukup dan tidak kena 'timing', tetapi bila ditambah dengan berkat 'suara' kawan aku yang balik dari menunaikan haji maka makbul doa tersebut. Saranan aku pergi lah jumpa orang yang baru balik haji. Mana lah tahukan....he..he...
Note: Ada jugak kawan aku perokok. Bila pergi Mekah boleh berhenti tapi bila balik aje, hisap balik...lagi kuat. Yang ini aku tak nak komen. Aku cerita hal aku aje OK!!!
2. Kepada sesiapa yang nak berhenti, tolong jangan bagitahu kawan, sebab kawan yang merokok tidak sekali kali akan membenarkan kita berhenti merokok. Jika kita berhenti merokok nanti akan menyusahkan dia kalau dia tertinggal lighter atau keputusan rokok.
Mesti beritau pada isteri dan keluarga. Bukan untuk dapat 'support' sebab family pasti support tetapi ialah supaya family boleh menerima 'effect' kita dalam proses berhenti merokok. Ada masa kita akan marah dan baran tak tentu pasal.
3. Kalau nak berhenti mesti 'ON THE SPOT'. Ada doktor kata tak boleh berhenti mendadak. Aku kata 'BOHONG'. Kita cuba buat dan selebih nya serah pada Allah sebab kita orang Islam. Kalau kurang sikit demi sedikit aku berani potong ayam kita tak kan berhenti sampai bila2. Rasullulah pun bila terima perintah berhenti minum arak, terus buang arak yang masih ada bertong tong lagi. Baginda tak mintak pun berhenti sikit2.
4. Dari pengalaman aku sebagai perokok yang telah berhenti selama 3 tahun. Semasa aku merokok aku rasakan rokok adalah satu ketagihan. Sebenar nya rasa aku, bukan ketegihan sebab utama menghalang untuk berhenti merokok. Penghalang utama ialah 'RUTIN HARIAN KITA YANG MELIBATKAN ROKOK'. Macam aku dan majoriti perokok2 mesti isap rokok bila masuk tandas untuk buang air besar dan lepas makan. 2 situasi ini yang cukup mencabar semasa proses aku berhenti merokok.
5. Bila dah berhenti kita akan rasa lebih sihat. Bernafas lancar. Sakit kepala tak ada. Batuk pun tak ada.
6. Perokok berbau busuk. Masa aku merokok, aku ingat diaorang cakap main2. Memang betul. Isteri pun amat gembira sebab kata nya 'nikmat bertambah' sebab dah tak busuk. Engkorang paham la apa maksud aku.
Panjang benar dah ni...Sekian...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment