Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 January 2010

Raja Petra dan Polis = 'Tom and Jerry'



“Tunjuk muka jika ada dalam negara”
SHAH ALAM - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.

“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.

“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.

“Apa yang saya boleh maklumkan di sini, kita masih percaya dia berada di luar negara dan kita masih menyiasatnya termasuklah menggunakan bantuan polis Interpol,” katanya.

Dalam kenyataan terbaru Raja Petra di dalam laman webnya, beliau mendakwa pihak polis masih gagal membuktikan bahawa beliau berada di luar mahupun di dalam negara.

“Kamu (Musa) anggap saya keluar Malaysia dan masuk negara lain secara haram atau menggunakan pasport asing walaupun sebenarnya kamu tidak tahu.

“Ini bermaksud, kamu pun tidak tahu sama ada saya masih berada di dalam negara kerana kamu gagal mengesan bukti bahawa saya masih tidak berada di dalam negara,” katanya.

Akhbar pada 20 Disember lalu melaporkan bahawa Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Dalam kenyataan sebelum ini, Raja Petra mendakwa dia kini berada di Poland menyambut sambutan Tahun Baru bersama beberapa wanita asing. - Sinar Harian

Aku cuma nak kata:

Seronok jugak tengok bagaimana Raja Petra main sorok sorok dengan Polis Malaysia. Raja Petra mempermainkan pihak Polis tak ubah seperti permainan 'kucing dan tikus' yang popular iaitu 'Tom and Jerry'.

Menyinga betul nampak nya Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar apabila Raja Petra kata dia masih berada di dalam negara. Mana tak menyinga nya, sebab selama ini pihak Polis kata Raja Petra ada diluar negara. Mau nya tak malu pihak Polis sehingga kan Tan Sri Ismail mencabar supaya Raja Petra keluar menunjuk kan diri. Sudah tentu lah mati hidup balik pun Raja Petra tidak akan keluar. Siapa boleh bagi jaminan bahawa Raja Petra boleh mendapat perbicaraan yang adil dikala mahkamah dilihat berada dalam genggaman pemerintah. Jangan lah disangka hakim 'tidak relevan' sudah tiada, maka hakim hakim yang masih tinggal ini semua nya 'masih relevan' dan 'correct'.

Apa pun, seronok tengok gaya Raja Petra. Kadang kadang hairan jugak bagaimana beliau mengetahui banyak rahsia dan pekong yang ada dalam kerajaan BN. Nak tengok apa kesudahan permainan ini. Polis ke yang kalah atau Raja Petra yang kalah ?. Buat masa ini dari segi moral nya nampak macam Polis tak akan menang dan Raja Petra pun tak nampak akan kalah.

Sekian.


* Artikel Raja Petra yang dimaksudkan oleh
Tan Sri Ismail Omar, sila klik disini

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...