Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
"Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan (bahawa) hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara," katanya.
Mustapa mencabar kerajaan Kelantan untuk membawa kes tuntutan itu ke mahkamah jika mereka merasakan tindakan mereka itu betul. "Tapi kerajaan negeri takut untuk berbuat demikian kerana mengetahui keadaan sebenar yang tidak mungkin berpihak kepada mereka," katanya.
'Khuatir kerajaan Kelantan salah guna wang'
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh kerajaan Kelantan kerana khuatir wang ehsan itu akan disalah guna bagi tujuan lain.
KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.
“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.
“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.
Terdahulu PAS Kawasan Batu, menyerahkan memorandum sokongan terbuka kepada kerajaan Kelantan, dalam menuntut royalti dari Kerajaan Pusat.
Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada Nik Aziz di JKR 10.
Ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.
“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.
“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.
Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.
Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.
“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi.
"Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya. - harakahdaily
Aku cuma nak kata:
Aku amat bersetuju Tuan Guru Nik Aziz menolak mentah mentah. Inilah perangkap yang cuba dipasang oleh UMNO/BN. Jika Kelantan hantar wakil, secara tak langsung Kelantan telah menerima dan mengiktiraf Wang Ehsan dan bukan bukan nya Royalti. Berita nya nanti akan dijaja. Segala kredit yang baik akan pergi kepada UMNO/BN dan sebalik nya segala salahguna @ salahurus dan kredit yang buruk tentang wang tersebut, Kerajaan PAS yang akan menanggung nya. Inilah niat jahat UMNO yang mungkin tersembunyi disebalik cadangan dan tawaran tersebut.