Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 January 2010

Tan Sri Mohamed Rahmat @ Tok Mat @ Mat Bulat telah kembali kerahmatullah



Mantan Menteri Penerangan dan pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit DAmansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau merupakan bekas Setiusaha Agung Umno dan menyandang jawatan itu sejak Umno baru ditubuhkan. (baca disini)

Pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada.

Buku nukilan beliau “Umno: Akhir Sebuah Impian” yang memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin Umno terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan dilancarkan tahun lalu.- http://www.tvselangor.com


Aku cuma nak kata:

Allahyarham juga dikenali dengan gelaran ' Mat Bulat' dikalangan kenalan rapat beliau dan seorang ahli politik yang cukup mesra dengan para wartawan.

Sebagai Menteri Penerangan pula Allahyarham lebih dikenali sebagai 'Tok Mat'. Apa yang aku boleh ingat (kalau tak salah la..) pada zaman Allahyarham menjadi Menteri Penerangan lah artis-artis lelaki berambut panjang dan artis perempuan berpakaian seksi dan menjolok mata tidak dibenarkan muncul di kaca TV sehingga kan 'Amy Seach' membotak kan kepala tanda protes. Selepas Allahyarham, larangan tersebut hilang entah kemana sehingga lah sekarang.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham


- Al-Fatihah (الفاتحة)...


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


1 comment:

nadiah fatihah said...

he's the best uncle i'd ever had...really miss him..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...