Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 January 2009

2 kemalangan rempuh Lori/treler rosak dalam tempoh 3 jam dekat kawasan sama


FAUDZLI


KANGAR - "Pukul 7 pagi saya hubungi suami dan dapat bercakap dengannya yang ketika itu memberitahu mereka singgah di Hentian Rehat dan Rawat Ipoh.


"Dua jam kemudian saya menghubungi suami sekali lagi tetapi orang lain pula yang menjawab panggilan. Dia memberitahu suami dan anak saya telah meninggal akibat terlibat dalam kemalangan di Rawang."


Demikian cerita Rosmi Salim, 41, isteri kepada Faudzli Ariffin, 45, yang terkorban bersama anak perempuan mereka, Fatin Amira, 20, dalam kemalangan di Kilometer 436.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran R&R Rawang, Selangor semalam.


Menurut wanita itu, semasa kejadian pukul 8 pagi itu, suaminya dalam perjalanan menghantar Fatin ke Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam. Mereka bertolak dari rumah di Kampung Abi Batas Parit di sini pukul 12 tengah malam.


FATIN AMIRA


Kata Rosmi, sepanjang perjalanan, dia kerap menghubungi suaminya untuk bertanyakan lokasi dan keadaan mereka.


Ceritanya, dalam perbualan terakhir dengan suaminya, mereka bercadang mahu membayar semua hutang perniagaan sebaik sahaja dia pulang dari Shah Alam.


Ujarnya, kereta Proton Iswara yang dipandu arwah sepatutnya diguna oleh Fatin untuk berulang alik dari rumah sewa dan politeknik.


Mengenai Fatin, Rosmi memberitahu, anaknya yang belajar di peringkat diploma dalam bidang penyelengaraan pesawat seorang pelajar pintar menyebabkan mereka mahu memberi kereta tersebut untuk kegunaannya semasa belajar.


Tambahnya, Fatin anak sulung daripada tiga beradik juga ber hajat mendaftar sebagai penderma organ tetapi impiannya tidak tercapai.


Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, Faudzli, kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk.


Kemalangan itu berlaku apabila kereta mereka merempuh sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.


Sumber: kosmo.com.my


Link/artikel berkaitan : Bapa, anak terbunuh dalam perjalanan ke Politeknik Shah Alam


Kemalangan 2 - 2 terbunuh, rempuh lori rosak di tepi jalan

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Dua terbunuh dan seorang parah apabila sebuah lori merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 400.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala arah utara di Kuala Kubu Baru dekat sini hari ini.


Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.40 pagi, kira-kira tiga jam selepas sebuah kereta Proton Iswara merempuh belakang treler rosak juga diletakkan di tepi lebuh raya yang sama, tetapi berlainan arah.


Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Lim Wui Ann, 25, dan Micheal Ven anak Anthony, 19. Kedua-duanya berada di tempat duduk lori yang membawa muatan papan tanda itu.


Dalam kemalangan itu, pemandu lori cedera parah manakala dua orang lagi yang duduk di bahagian belakang lori terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, lori yang mengalami kerosakan itu dalam perjalanan mengambil ayam di Pulau Pinang.


Katanya, bagaimanapun ketika melalui lebuh raya berkenaan, lori tersebut mengalami kerosakan dan terpaksa berhenti di tepi jalan.


"Mangsa yang cedera parah dan dua lagi yang cedera ringan dihantar ke Hospital Slim River,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sumber: utusan.com.my

Photobucket
Ulasan:

Kepada yang muslim aku mengucapkan Innalillah hi wainna ilaihirojiun dan takziah. Ajal dan maut Allah yang menentukan. Kepada yang non-muslim, aku ucap takziah.

Kemalangan yang melibatkan rempuhan dari belakang memang kerap berlaku, terutama nya di lebuhraya. Mereka yang terlibat ialah pemandu yang memandu dalam jarak yang jauh. Tak kira lah sama ada kereta, lori atau bas. Bagi pemandu yang jarang jarang memandu dalam jarak yang jauh di lebuhraya memang merbahaya kerana tubuh badan kurang bergerak dan fikiran tidak biasa dengan keadaan mengantuk ditambah pula dengan faktor umur. Lain dengan pemandu lori dan bas, mereka boleh bertahan sedikit sebab mereka sudah lali dan biasa dengan perjalanan jauh.

Satu lagi, kebanyakan kemalangan berlaku apabila pemandu sudah hampir dengan destinasi yang mereka tuju seperti dalam kes kemalangan 1 (diatas). Ini adalah kerana walaupun mengantuk mereka tidak mahu berhenti dan tetap meneruskan perjalanan kerana sudah dekat nak sampai. Mereka tak tahu bila kita terlalu mengantuk, otak tidak dapat 'synchronized' dengan apa yang dilihat oleh mata. Itu lah yang terjadi apabila kita tiba-tiba melihat ada kenderaan didepan kita, sedang kan tadi kita pasti memang depan kita 'clear'.

Bagi aku, bila aku memandu untuk jarak yang jauh seperti balik ke Ipoh atau ke Penang, aku lebih suka tidak menggunakan lebuhraya bertol. Kalau tidak pun aku akan keluar masuk lebuhraya dan jalan persekutuan/jalan negeri bersilih ganti. Sebab nya, daripada aku bayar tol, lebih baik belanja keluarga aku makan. Tol dari Klang ke Ipoh kalau tak silap Rm23.00. Kalau ikut K.Selangor, Sabak Bernam, lepas tu pintas melalui Bandar Seberang Perak (pemandangan sawah padi yang cantik),keluar Bota kiri dan terus ke Ipoh.

Satu sebab lagi aku tidak suka menggunakan lebuhraya ialah kerana tubuh badan kita tak banyak bergerak dan itu akan menyebabkan kita cepat mengantuk, lebih lebih pulak kalau kita pandu bawah 100 KM/J lagi lah cepat mengantuk. Apa pun terpulang lah kepada masing-masing.....

Sekian, berhati hati di lebuhraya.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...