Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 January 2009

Pengguna Kad Debit perlu waspada kata Fomca. Pengguna Kad Kredit bagaimana?

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini berkata pemegang kad debit menghadapi risiko kehilangan semua simpanan dalam akaun jika kad itu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiausah Agongnya, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sindiket penipuan boleh memperoleh data pemilik kad tersebut untuk diklon sebagai kad debit palsu untuk membeli barangan.

Katanya ini adalah kerana kad debit disambung kepada akaun simpanan atau semasa pemegang kad dan sebarang pembelian menggunakan kad berkenaan, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun bank pengguna.

"Ini bermakna risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Katanya bank mempunyai tanggungjawab tertentu kepada pemegang kad kredit dan jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank," katanya.

Muhamad Sha'ani, yang juga ketua Eksekutif Pusat Perkhidmatan Aduan Pengguna Nasional (NCCC), berkata bank tempatan membuat promosi kad debit secara agresif sejak tahun lepas dan pengguna perlu berwaspada untuk memilikinya.

Minggu lepas, Malayan Banking Berhad (Maybank) berkata mereka mensasarkan dua juta pengguna kad debit tahun ini berbanding satu juta pelanggan sejak produk itu dilancarkan Mac tahun lepas.

Sementara itu, sumber perbankan menjelaskan bahawa pemegang kad debit tidak perlu berhutang untuk berbelanja kerana mereka hanya dapat berbelanja mengikut jumlah simpanan dalam akaun sahaja.

"Ini membantu mendisiplinkan pengguna dari segi perbelanjaan yang tidak perlu atau menanggung hutang berlebihan," katanya.

Katanya, kad debit itu adalah baik untuk pihak bank kerana mereka tidak perlu memberi sebarang kredit kepada pemegang dan sekaligus mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar oleh pemegang kad kredit.

Beliau menjelaskan bahawa risiko kad debit adalah minima apabila digunakan dalam negara kerana penggunaan adalah berdasarkan tandatangan pemegang dan kad mempunyai cip keselamatan.

Bagaimanapun, sumber itu mengakui kemungkinan ada risiko jika pemegang kad debit menggunakannya di luar negara atau peniaga tidak mempunyai alat membaca maklumat cip untuk pengesahan.

Sumber: BERNAMA

Ulasan:
Kenyataan 1. " risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan "

Keyataan 2. " bank mempunyai tanggungjawab tertentu kepada pemegang kad kredit dan jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank,"

Dari keyataan 1 & 2, dengan tidak merujuk kepada cara seseorang itu berbelanja, aku berpendapat penggunaan kad kredit lebih menguntungkan pengguna daripada kad debit. Sebab apa aku kata begitu ?.

Apa yang aku faham, Kad debit adalah duit kita yang kita bawa kesana kemari dalam bentuk plastik. Kita mesti ada duit di bank baru lah kita boleh guna kad itu untuk membeli sesuatu dan pihak bank hanya menolak nya sahaja dari akaun kita. Pihak bank tak keluar 1 sen modal pun atas apa yang kita beli dengan menggunakan kad debit.

Manakala kad kredit pula menurut apa yang aku faham ada 2 definasi :

Definasi 1.
Kad kredit adalah wang yang dibayar oleh pihak bank ketika pemegang kad kredit membeli sesuatu barangan dan pemegang kad kredit akan membayar semula amaun berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, biasa nya sebulan. Contoh mudah, kita beli barang jumlah RM3000. Bank yang bayarkan dahulu. Cukup sebulan, penyata pun sampai sebanyak RM3000 dan kita pun bayar RM3000. Selesai.... Tak ada faedah dikenakan. Baik betul bank tolong kita bayarkan dulu ye ?..

Definasi 2.
Sama saja dengan definasi 1. Cuma yang jadi beza ialah bila cukup sebulan, penyata pun sampai sebanyak RM3000 dan kita cuma membayar bayaran minimum, kata kan RM300. Maka baki penyata ialah RM2700 dan kita pun mula lah berhutang dengan bank. Jika kita terus berbuat begini maka akhir nya kita akan gunting kad kredit kita dan bank itu pun bertukar menjadi 'Along berlesen'.

Berbalik kepada apa yang aku nyatakan di awal tadi iaitu penggunaan kad kredit lebih menguntungkan pengguna daripada kad debit. Apa yang aku maksud kan ialah apabila kita sebagai pemegang kad kredit yang dalam definasi 1. Kalau kita dalam definasi 2, kita sebenar nya berhutang dan terperangkap dengan 'Along berlesen'.

Akhir sekali, kalau dah banyak sangat risiko yang pengguna kena tanggung, maka kalau boleh tak payah lah gunakan apa-apa kad, guna kad ATM saja. tapi boleh ke ?...

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...