Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

22 January 2009

Timbalan Ketua Menteri Sarawak - Tan Sri Alfred Jabu Numpang tak minat buat blog

Tan Sri Alfred Jabu Numpang (baju belang)

KUCHING 21 Jan.
- Semakin ramai yang berminat membuat blog peribadi tetapi tidak bagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau langsung tidak berminat berbuat demikian meskipun terdapat kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya boleh dijawab menerusi blog tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.

Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.

''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.

''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengakui ada mendengar mengenai penulisan blog di kalangan intelektual kaum Dayak yang mengkritik kerajaan.

Katanya, ia terpulang pada kepercayaan individu sama ada mereka setuju atau sebaliknya tetapi beliau mahu melaksanakan program yang terbaik untuk rakyat.

Sumber:
Utusan online
Photobucket
Ulasan:

Tak nak buat blog ke ?...

Tak minat...

Pasal apa tak minat ?

Tak mahu 'leka' dengan blog, nanti boleh melalaikan diri saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri

Tak nak tidur ke?

Tak nak

Pasal apa tak nak?

Tak mahu 'leka' dengan tidur, nanti boleh melalaikan diri saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri

aku tergelak berdekah dekah...Kah...Kah..Kah...

Dalam zaman yang digelar 'dunia tanpa sempadan' ini masih ada lagi kenyataan kurang cerdik yang di berikan oleh YB kita. Macam lah beliau seorang saja yang memegang lebih dari satu portfolio. Orang lain pun pegang jawatan tinggi juga. Ada yang Menteri penuh dan ada yang Ketua Menteri. Kalau ikut rasional kenyataan beliau, maka sebahagian nama-nama yang aku senaraikan di bawah ini telah pun melalai kan tugas mereka kepada rakyat kerana asyik leka 'blogging'.

1. Dato' Ahmad Shabery Cheek - Menteri Penerangan
2. Dato' Shahrir Abdul Samad - Menteri Perdagangan & hal ehwal pengguna
3. Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi
4. Datuk Ir. Idris Haron - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
5. Datuk Seri Mohd. Ali Mohd.Rustam - Ketua Menteri Melaka

Pst.. Aku teringat pepatah petitih, kalau tak pandai menari jangan salah kan tanah tak rata....

1 comment:

Anonymous said...

Hello.. Do you know how to Add Adsense Code Inside Single Post Only in XML Template? Visit your blog to learn how.. Have a nice thursday!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...