Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama telah menandatangani perintah eksekutif pada khamis 22/01/2009 untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dalam masa setahun. Ia nya dilakukan dalam tempoh 2 hari selepas angkat sumpah sebagai Presiden.
Dalam Draf perintah eksekutif itu yang diedarkan pada Rabu lalu, juga meminta untuk memberhentikan perbicaraan dalam penjara, di mana suspek pengganas ditahan untuk beberapa tahun tanpa perbicaraan.
Buat masa ini ada 2 orang rakyat Malaysia yang masih ditahan di penjara Teluk Guantanamo. Mereka ialah Mohd Farik Amin atau Zaid ( Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie) dan didakwa terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI) dan Al Qaeda. Mereka ditahan sejak 2003. Pentadbiran Bush mendakwa mereka perancang “ombak kedua” operasi untuk Al Qaeda bagi menyerang sasaran di Los Angeles.
Diharap dengan kesungguhan pentadbiran Obama untuk penutupan penjara tersebut dapat membuka mata kerajaan negara lain termasuk Malaysia dalam isu yang berkaitan. Dalam konteks Malaysia aku kira seperti isu ISA dan Kem Kemunting.
Walaubagaimana pun adalah terlalu awal untuk menilai tindak tanduk Obama ini sebab maklum lah 'orang baru', macam macam dia nak buat....ujung-ujung wal hasil balik asal.........
Sekian
Berita sebelum ini....
Penjara Teluk Guantanamo ditutup dalam masa setahun
22/01/2009 4:34pm
WASHINGTON 22 Jan. — Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijangka menandatangani satu perintah eksekutif pada Khamis untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dalam masa setahun.
Draf perintah itu yang diedarkan pada Rabu juga meminta untuk memberhentikan perbicaraan dalam penjara, di mana suspek pengganas ditahan untuk beberapa tahun tanpa perbicaraan.
Dua rakyat Malaysia kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo yang dakwa terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI) dan Al Qaeda, Mohd Farik Amin atau Zaid ( Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie). Mereka ditangkap pada 2003.
Pentadbiran Bush mendakwa mereka perancang “ombak kedua” operasi untuk Al Qaeda bagi menyerang sasaran di Los Angeles.
“Kemudahan penahanan di Guantanamo untuk individu di bawah perintah ini hendaklah ditutup secepat mungkin, dan tidak melebihi setahun dari tarikh perintah ini,” draf yang dikeluarkan pentadbiran Obama menurut Reuters.
Ia menyatakan sesiapa yang masih ditahan apabila penjara itu ditutup
“hendaklah pulang ke tanah air mereka, dibebaskan, dipindahkan ke negara ketiga atau dipindahkan ke kemudahan tahanan lain di Amerika Syarikat.” - Bernama

Perintah Eksekutif penutupan penjara Teluk Guantanamo yang telah ditandatangani oleh Barack Obama. Foto Reuters

No comments:
Post a Comment