Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 January 2009

Mesir kata : Tiada guna sidang mesyuarat OIC untuk bincang pencerobohan Israel.

Selasa , 06/01/2009 - Mesir telah menolak dan menggagalkan cadangan Iran untuk mengadakan satu sidang kemuncak tergempar OIC untuk membincangkan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza selepas menggugurkan lebih awal untuk mengadakan persidangan sidang kemuncak Arab.

Duta bernama Naela Jabr, pembantu Menteri Luar Mesir, dalam satu kenyataan akhbar berkata Kaherah melihat tiada sebarang keperluan mengadakan sidang kemuncak bagi meredakan ketegangan di Palestin.

Beliau mendakwa sebilangan besar anggota OIC menyokong pendirian Mesir itu.

Diplomat itu berkata negaranya menolak untuk mengadakan sidang kemuncak tanpa "persediaan yang mencukupi" dan mempersoalkan keperluan mengeluarkan satu kenyataan sidang kemuncak sedangkan rakyat Palestin itu telah terbahagi kepada dua wilayah.


Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...