Majlis pelancaran Kempen Boikot terpilih produk Yahudi di Masjid Negara - 09/01/09 (Klik sini untuk ke Link berkaitan)
Setelah hari demi hari Israel membedil Gaza maka majoriti umat Islam seluruh dunia menyeru kempen memboikot barangan Israel dan AS kecuali mungkin ada seorang dua Pemimpin Umat Islam yang terencat akal yang mahukan Israel menang dalam serangan dan konflik tersebut. Kalau dah mahu kan supaya Israel menang, tak kan lah dia hendak bersama memboikot apatah lagi negara yang dia perintah ada hubungan diplomatik dengan Israel.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan di seluruh dunia mungkin tidak akan memboikot AS kerana takut pada ancamannya tetapi rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk berbuat demikian. Aku setuju dengan pandangan Tun. Terlalu banyak barangan dan alatan buatan negara negara yang kemudian nya menyumbang sebahagian besar keuntungan dari jualan sebagai dana untuk memperkuatkan Israel.
Apa yang perlu diboikot ?. Bagi aku terpulang kepada individu tetapi lebih baik kalau ada satu suara yang merangkumi setiap pertubuhan/kumpulan/persatuan mengumumkan apa kah barangan atau produk yang dicadangkan untuk di boikot. Fokus kan kepada produk - produk yang kalau kita tidak guna @ beli @ makan @ minum pun kita tidak akan mati atau pun kita mempunyai produk altenatif lain yang sama kualiti nya.
Satu lagi untuk perhatian, jangan kita menghentam atau mengutuk orang lain seolah olah kita lah juara dan paling prihatin dalam kempen memboikot ini. Apa yang aku cuba maksudkan ialah buat lah boikot setakat yang kita mampu dan jangan rendah kan kemampuan memboikot orang lain. Aku pernah kena kutuk sebab aku boikot KFC, Coca Cola dan Pepsi tapi hisap rokok. Aku kata itu yang aku mampu buat sebab masa tu aku adalah perokok tegar dan tak boleh nak berhenti merokok. Kalau dah tak boleh berhenti, macam mana nak boikot ?.
Awal 2008, dengan takdir dan Hidayah Allah aku dapat berhenti merokok sekali gus tanpa kurang sedikit demi sedikit @ on the spot. Alhamdulillah, aku tidak kena apa apa kesan sampingan kecuali gusi kerap berdarah masa awal awal aku berhenti. Awal 2009, dah setahun aku tak merokok dan secara tak langsung aku dah boleh tambah senarai boikot aku iaitu rokok. Kepada kengkawan, berhenti lah merokok he...he...
Sekian, Selamat memboikot.

No comments:
Post a Comment