ADUN Bota sertai PKR
PETALING JAYA 25/01/09: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dalam pada itu, BN Perak mengadakan mesyuarat khas kira-kira pukul 9 malam ini yang antara lain membincangkan isu Nasarudin meninggalkan Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali di pejabat Umno di Ipoh.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Sumber: mstar online
Beberapa orang lagi ADUN UMNO akan meloncat ?
Setelah menerima berita gempar mengenai ADUN Bota yang keluar dari UMNO dan BN dan menyertai PKR, saya juga sekaligus menerima berita yang sahih mengatakan beberapa orang lagi ADUN UMNO akan keluar dari partinya.
Kita tunggu dan lihat dalam waktu yang terkini mengenai kebenaran berita ini. Semuga apa yang berlaku di Perak adalah permulaan yang baik untuk semua Ahli Parlimen dan ADUN di seluruh negara untuk mengambil keputusan yang sama.
Aku ambil berita diatas ini dari Blog ADUN Titi Serong, Perak YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM .......jadi kita tunggu dan lihat siapa lagi ADUN Perak akan melompat....Biar UMNO mainkan pulak lagu Bangau Oh Bangau.......

Artikel berkaitan:
1. Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz - harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment