Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

26 January 2009

Nizar kata ada lagi wakil rakyat BN lompat Pakatan, Najib nafi

TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak (empat, kanan) dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (lima, kanan) menggaul yee sang ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini. Turut hadir ketua-ketua komponen Barisan Nasional (dari kiri) Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu; isteri Presiden MCA, Datin Seri Chooi Woke Chun; isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan isteri, Datin Seri Wendy Ong


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa 3 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat. Walaubagaimana pun dakwaan ini dinafikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai khabar angin semata mata semasa ditanya pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini (26/01/09).

Sementara itu, ketika di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan pula, Datuk Seri Najib berharap semua wakil rakyat BN memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terutama ketika dalam saat parti amat memerlukan sokongan dan kesetiaan mereka. Beliau juga berkata, semua wakil rakyat mesti faham bahawa Umno dan BN secara keseluruhannya telah terlalu banyak menabur jasa pada rakyat dan negara.

"Tidaklah wajar sekiranya ada apa-apa masalah peribadi atau perasaan tidak puas hati, kita nak tinggalkan parti ataupun mengetepikan parti dalam saat parti memerlukan sokongan dan kesetiaan kita kepada parti dan perjuangan kita," katanya.

Nampak gaya nya dari apa yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib itu menunjukkan kedudukan BN amat kritikal. Beliau bukan sahaja terpaksa merayu agar semua wakil rakyat BN supaya tidak meninggalkan BN malah mengungkit jasa-jasa BN kepada rakyat. Bagaimana pulak jasa rakyat kepada BN ?, tak mahu cerita ke ?, Tak mahu ungkit ke Datuk Seri ?.

Tidak mustahil teori Domino akan berlaku selepas ini. Akan ada yang akan mengikut jejak langkah ADUN Bota daripada BN, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Jika teori ini berlaku maka BN sudah lah jatuh di Permatang Pauh, ditimpa tangga di Kuala Terengganu, dihempap pasu bunga di Bota dan tersembam taik ayam candu di ???......
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...