Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 January 2009

Diberhentikan Kerja, Ayah Bunuh 6 Anggota Keluarga

Ervin Lupoe said that after losing their jobs, he and his wife, Ana, decided to kill their five children - Brittney, Jaszmin, Jassely, Benjamin and Christian - so that they 'were not left in someone else's hands'

Kesan masalah ekonomi global yang melanda dunia semakin terserlah dan mampu membuat seseorang bertindak di luar jangkaan.

Di Wilmington, Los Angeles seorang bapa sanggup membunuh 6 anggota keluarganya termasuk isteri sebelum membunuh diri nya sendiri

Semua itu berlaku setelah Ervin Lupoe 40 tahun dan isterinya Ana diberhentikan kerja dari
Kaiser Permanente West Los Angeles Medical Centre, tempat mereka berdua bekerja. Sejak itu mereka berusaha mencari kerja lain, namun tidak berhasil.

Polis menemui mayat seorang anak perempuan berusia 8 tahun, anak kembar perempuan berusia 5 tahun, dan anak kembar lelaki berusia 2 tahun, di 2 buah bilik berasingan

Mayat Ervin Luope ditemui berdekatan dengan 3 anak-anak perempuan nya manakala mayat isteri nya
bersama dua anak lelaki nya. Kesemua nya ditembak di kepala.

Sebelum menembak dirinya, Lupoe sempat mengirim 2 surat melalui fax kepada Stesen TV tempatan. Dalam fax itu, Lupoe mendakwa bahawa tindakan membunuh anak-anak nya itu telah dipersetujui juga oleh isteri nya.

Rujukan: The Independent

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...