Bot pelarian di tarik ketengah laut sebelum tali nya dipotong - Foto CNN
"Kami akan menahan bot-bot mereka, menanggalkan enjin bot dan seterusnya bot mereka akan ditarik ke tengah-tengah lautan. Kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana sahaja. Kami terpaksa berbuat begini kerana kalau tidak mereka akan kembali semula ke sini"
Kenyataan ini di sahkan oleh seorang pegawai tentera laut Thailand setelah terdedahnya gambar yang menunjukan bagaimana bot-bot pelarian Islam Rohingya ini ditunda ke tengah-tengah lautan Andaman sebelum dilepaskan begitu saja. Gambar diambil secara rahsia oleh salah seorang yang terlibat dengan operasi tersebut (mungkin tak sampai hati melihat keadaan demikian). Sebelum dilepaskan di tengah lautan, ada antara tahanan ini melaporkan mereka telah dipukul tanpa sebab.
Kebanyakan dari mereka ini akan dihanyutkan ke kepulauan Andaman di India atau di Sumatera, Indonesia. Namun majoriti dari mereka ini mati di tengah-tengah lautan. Pelarian yang terselamat memberitahu seramai 550 orang daripada 992 orang mati setelah bot mereka dilepaskan di tengah lautan.
Tentera Thailand memang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap umat Islam. Kerajaan dan Pegawai tinggi tentera Thailand menafikan segala dakwaan yang di buat oleh pelarian tersebut.
Tentera Thailand memang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap umat Islam. Kerajaan dan Pegawai tinggi tentera Thailand menafikan segala dakwaan yang di buat oleh pelarian tersebut.
Sedih rasa nya umat Islam sentiasa dizalimi disana sini. Nyawa mereka terlalu murah. Apabila mereka melawan, mereka akan di gelar 'Pengganas'. OIC dan ASEAN dah bersuara kebelum dalam isu ini ???....Bila lagi nak bersidang ? OOOOO...I...SEE !!!
Sumber:1. Thais admit boat people set adrift-aljazeera.net
2. Indonesia considers fate of stranded Rohingyas-in.reuters.com
3. Thailand 'Dumps Refugees At Sea'-news.sky.com
Imbas kembali keganasan tentera Thailand - Tragedi Tak Bai
Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu.
Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.
Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.
Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan." Suatu kenyataan yang begitu biadap dan penghinaan terhadap Islam secara terang-terangan..
Sumber: muhasibiey.blogspot.com
2 comments:
Erm! rasenyer...pemerintah Malaysia pun boleh tiru cara Thailand tu dalam menangani PELARIAN yang semakin banyak kat MALAYSIA tercinta ini. Macamanakah caranya SINGAPURA bertindak ke atas pelarian di negara mereka sehinggakan tiada pendatang kat negara mereka ( walaupun ada sikit2 ). Negara kita terlalu baik, baik dan teramat baik serta prihatin sehinggakan pelarian-pelarian/PATI/pendatang berkenaan ada memijak kepala kita dan semakin menjadi tuan. Dan kerana kebaikan kita, semakin hari rakyat tempatan sendiri yang semakin terhimpit.
Cadangan saya lah, eloknya pemerintah Malaysia menempatkan semua pendatang ni kat suatu pulau...di mana pulau berkenaan adalah penjara. Yelah kan! kalo kita berhabis duit menghantar mereka pulang ke negara asalpun dengan menaiki kapal terbang ( wah! rakyat Malaysia sendiri pun belum pernah ada naik kapal terbang ), naik kapal dan sebagainya..mereka akan datang balik. Cuba lihat waktu hari perayaan contohnya Hari Raya dll..ramai yang menyerah diri oleh kerana mahu pulang ke desa yang tercinta lah katakan. Pastu, habis raya masuk balik..owes..nk kena jehan.
Untuk kes pelarian di atas, simpati saya kepada mereka kerana mereka beragama Islam. Islam menggalakkan umatnya berdikari, berusaha dan sebagainya...dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Dan secara jujur juga, saya kasihankan mereka dan berdoa moga roh mereka di kalangan orang2 yang beriman...Amin!!.
Terima kasih Chem5007 kerana singgah dan memberi komen
Memang ada berbagai cara untuk menangani isu pelarian dan pendatang ini, samada secara baik & berhemah atau pun cara kasar & keras.
Dalam isu pelarian, secara umum nya Kerajaan Malaysia menangani nya dengan cara baik. Ingat tak masa dulu, isu pelarian Vietnam. Kerajaan menempatkan pelarian ini di Pulau Bidong. Begitu juga pelarian Bosnia. Mereka ini siap kerajaan beri kan kerja lagi.Berbeza dengan kerajaan Thailand. Agak nya mereka anggap pelarian bukan manusia.
Isu pendatang samada pendatang halal atau pendatang Haram adalah berbeza daripada pelarian.Isu pendatang ini melibatkan banyak pihak. Pihak penguatkuasa dan ahli politik yang berkepentingan. Cuba fikir mengapa isu gaji minima pekerja RM900 yang dituntut MTUC sampai sekarang tidak kesampaian.Pendatang halal yang bekerja disini berapa gaji nya??.Pendatang halal perlu bayar levi,yuran dan pelbagai kepada ejen. Siapa dibelakang ejen2 ini???.Cukup ! malas nak cerita lebih...silap haribulan kena cekup..
Sekian
Post a Comment