Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 January 2009

Pengacara TV baling telefon, berang tiada siapa mahu membuat panggilan


LUPSE berang selepas tiada siapa menghubunginya.


BUCHAREST - Sebuah stesen televisyen di Romania didenda sebanyak AS$1,591 (RM5,693) selepas seorang pengacara program kuiz yang disiarkan secara langsung membaling telefon apabila tiada penonton membuat panggilan, lapor sebuah akhbar semalam.


Pengacara itu, Adela Lupse menjerit-jerit di hadapan kamera sebelum dia menghempas telefon ke lantai dan memijaknya selepas berang tiada siapa mahu membuat panggilan kepadanya.


"Saya mahu telefon ini berdering, anda semua hubungi saya sekarang," katanya.


Lupse yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pengacara kemudian dipecat oleh pihak pengurusan syarikat televisyen National TV.


Bagaimanapun, Majlis Kebangsaan Audiovisual Romania mendenda syarikat televisyen itu kerana menganggap tindakan Lupse sebagai ganas. - Agensi



Di sertakan juga Video Klip untuk tontonan semua dan lihat betapa stress dan gila nya tindakan seseorang apabila emosi mengatasi akal fikiran..... atau mungkin juga dia saja nak buat gimmik yang akhir nya makan diri dia semula.
Kah....kah...kah........




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...