Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 January 2009

PAS bantah konsert Rihanna 13 Februari

http://www1.mstar.com.my/archives/2009/1/21/mstar_berita/rihanna_pc.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazali Ramly pada sidang akhbar berhubung penajaan penganjuran konsert "Rihanna Live in Kuala Lumpur" di ibu negara semalam. - foto The Star oleh LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS membantah penganjuran konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur pada 13 Februari ini atas alasan ia tidak sesuai dengan budaya tempatan dan sentimen menghormati rakyat Palestin.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan dalam tempoh terdekat kepada syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom (M) Berhad yang menaja penganjuran konsert tersebut.

"Penganjuran konsert ini menunjukkan Celcom tidak sensitif dengan budaya ketimuran kerana keperibadian penyanyi tersebut boleh merosakkan akhlak masyarakat di negera kita khusunya golongan remaja," katanya kepada mStar Online.

Tambah beliau, tingkah laku serta cara berpakaian penyanyi antarabangsa itu sangat bertentangan dengan gaya hidup timur dan amalan umat Islam.

"Dalam konsert-konsertnya sebelum ini beliau mempamerkan aksi yang cukup tidak elok dengan budaya kita serta boleh melalaikan," kata beliau.

Selain itu menurutnya, bantahan tersebut juga berasaskan kepada perkembangan terkini apabila rakyat disaran supaya memboikot produk-produk Amerika Syarikat (AS) yang selama ini menjadi sekutu kepada kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kita perlu boikot bukan sahaja produk malah artis-artis mereka bagi mengelakkan pengaliran wang ke AS.

"Kita sibuk menderma untuk tabung kemanusiaan Palestin, tapi pada yang sama kita sumbangkan duit untuk konsert Rihanna yang secara tak langsung menyumbang kepada kekayaan AS yang akhirnya digunakan untuk kepentingan Israel," katanya.

Jelas Kamaruzaman, pihaknya sebelum ini pernah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskan permit penganjuran konsert tersebut.

"Kita sudah bincang dan mengemukakan surat bantahan kepada DBKL, tapi tiada sebarang reaksi positif, jadi nampaknya kita teruskan usaha bagi membantah penganjurannya dengan berjumpa dengan pihak pengurusan Celcom pula," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata bantahan konsert tersebut bukan beerti PAS mengamalkan sikap antihiburan.

"Kita bukanlah antihiburan, tapi kalau hiburan atau konsert yang dianjurkan itu bertentangan dengan tuntutan Islam serta boleh merosakkan akhlak, kita tetap akan bantah.

"Kalau dianjurkan konsert yang mengikut lunas Islam, sudah pasti kita akan menyokong," katanya lagi.

Sumber: mstar.com.my

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ulasan: Begini lah sikap talam dua muka syarikat - syarikat yang dalam kepala mereka hanya memikirkan bagaimana mengaut keuntungan lumayan di Malaysia ini, tapi bila nak terlingkup mintak tolong untuk 'bail out'. Tidak ada beza nya antara mereka, sama sahaja antara Celcom, Maxis, TV3 dan yang seumpama nya.

Macam Celcom, CEO nya tak ada rasa apa apa ke ?. Dari nama nya aku yakin dia seorang yang berugama Islam. Kalau Maxis yang menaja penganjuran konsert tersebut aku tak heran sangat sebab bagi mereka membujur lalu melintang patah, asal kan tak menyalahi undang-undang negara. Sepatut nya dalam situasi dan keadaan gawat sekarang, penganjuran konsert seperti itu perlu dibatalkan.

Tolong lah jangan jadi macam TV3. Waktu pagi dia lah yang membuat kita sebagai penuntun sebak dengan paparan kekejaman Israel di Gaza. Dia lah juga yang membangkit kan semangat kita dengan kempen nya untuk memboikot produk yang Israel ada kepentingan. Sebelah petang, dia lah juga yang menyiarkan iklan KFC dan McDonald.

Syabas Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, anda telah menjalankan tanggungjawab anda dan umat Islam sekadar yang termampu

Nota: Carian aku di Internet mendapati teruk jugak artis ini. Pakaian dan tingkah laku macam sundal, tapi memang pun majoriti artis perempuan Mat Salleh memang kelihatan macam sundal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...