Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 January 2009

2008 pergi, 2009 datang - mereka sambut dalam keliru ??

Menyambut ketibaan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka dengan berlatarbelakangkan persembahan bunga api. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

2008 telah pergi melabuhkan tirai dan 2009 pun telah datang. Kedatangan nya nya disambut di seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali. Walaupun Kerajaan sebelum ini ada menyatakan tidak ada sambutan tahun baru tapi sebalik nya.

Melihat kepada cara rakyat seluruh dunia menyambut tahun baru 2009, aku merasa amat keliru dan tidak faham. Mereka tidak langsung merasa apa-apa masaalah yang melanda.


Dalam konteks global, baru saja dunia dilanda
krisis ekonomi dunia yang membuat kan banyak syarikat-syarikat gergasi muflis, terutama nya di Amerika Syarikat dan tempias nya ke negara negara lain. Keadaan nya belum pulih dan mengikut ramalan krisis akan bertambah teruk di tahun 2009. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun krisis ekonomi dunia diramalkan cukup mencabar pada 2009, kerajaan berazam mengambil langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat, tapi sayang nya cakap tak seperti apa yang di buat.

Foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

Dari sudut lain, sepatut nya apabila pergi nya 2008 dan datang nya 2009 membuat kan mana mana individu yang dah nak masuk waktu magrib merasa sedih kerana umur sudah kurang setahun. Entah-entah tidak dapat nak sambut tahun baru 2010 nanti. Lain lah yang umur baru setahun jagung dan juga yang remaja baru nak jadi dewasa. Adik-adik ini umur pun masih boleh panjang lagi dan mereka pun bukan tahu apa pun. Orang ramai-ramai sambut, dia pun sambut lah jugak. Kadang kadang adik-adik ni lupa bahawa maut boleh menjemput mereka pada bila-bila masa macam kisah 2 rakan yang maut selepas sambut tahun baru 2009. Betul, ajal dan maut ditentukan Allah tapi kita dikurnia kan akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk.

Akhir kata, selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009, semoga kita sempat menyambut tahun baru hadapan.


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...