Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 January 2009

Sekadar pandangan - Mengapa BN tidak perlu beri alasan jika kalah

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/01/pm12.jpg?w=340&h=504

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir dan dimenangi oleh calun dari PAS. Ramai juga penyokong BN menempelak PAS / Pakatan Rakyat, bila menang tak ada pulak cerita pasal pengundi hantu, SPR berat sebelah dan lain lain lagi, tapi bila kalah semua itu akan keluar sebagai alasan. Apa yang boleh aku kata kan ialah kita perlu melihat realiti sebenar dan bukan gembar gembur serta propaganda media arus perdana yang bias nya amat keterlaluan kepada parti yang memerintah iaitu BN.

Apa lagi 'alatan' dan kaedah yang pemerintah BN tidak gunakan untuk mempengaruhi pengundi disamping memperlekehkan pihak lawan. Umpan, janji, propaganda, rayuan, ugutan dan segala gala yang boleh mereka gunakan, mereka akan gunakan sama ada kepada pengundi atau kepada agensi agensi berkaitan. Dalam konteks PRK Kuala Terengganu yang baru saja berakhir ini saja, entah berapa juta ringgit peruntukan yang dijanjikan semasa berkempen dan diharap sesudah PRK ini, walaupun kalah, jangan lah peruntukan yang dah di janjikan itu ditarik atau diberi ke kawasan lain. Itu orang panggil buruk siku. Yang bagus nya, PRK kali ini pihak BN tidak menggunakan taktik 'keluar PAS masuk UMNO beramai ramai' atau serah borang menjadi ahli UMNO. Mungkin taktik itu tidak boleh digunakan lagi kerana asyik orang yang sama saja, nanti pecah lubang...malu lah pulak.

Setelah dengan segala fasiliti, kemudahan, propaganda, kempen di semua media cetak dan elektronik dan dana yang melimpah ruah, tiba-tiba keputusan tidak menyebelahi BN, maka apa kah alasan BN untuk memperkatakan tentang kekalahan mereka ?. Tak kan nak kata PAS tipu sedang kan segala kelebihan sebelum ini berpihak kepada BN. Maka terpaksa lah BN akur bahawa mereka telah kalah. Paling tidak pun dapat menunjuk kan BN ada lah 'gentleman'.

Di sudut PAS pula, siapa kata calun PAS tidak diberi ruang ?. Ada, tapi amat terbatas dan ruang yang amat terbatas itu pun selalu nya diberitakan dan digambarkan dengan cara yang negatif supaya orang boleh meluat @ menyampah dan seterus nya menolak calun PAS. Sebab itu lah PAS mempunyai berbagai alasan yang munasabah apabila kalah.

Contoh yang paling mudah yang aku rasa boleh buat orang faham dengan apa yang aku cuba maksud kan ialah macam pasukan bolasepak negara dan pasukan bolasepak MyTeam. Dengan segala prasarana, kemudahan dan berbagai insentif yang diberi kepada pemain dan pasukan, tapi bila lawan....kalah !. Kalau kalah lawan dengan Manchester United tak apa lah juga, ada banyak alasan yang boleh diberi mengapa kita kalah dan orang yang dengar alasan itu pun boleh terima, tapi kalau lawan Vietnam pun kalah, nak bagi alasan apa ??, Tak kena Booooo pun dah dikira bagus...

Sekian dimaklumkan....

Photobucket

1 comment:

Zolkharnain Abidin said...

Terimakasih kerana sudi berkunjung. Saya telah linkan bolg ini dengan blog saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...