Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 July 2009

Isu rumah baru bernilai RM 20 juta: DS Khir Toyo menjawab

SYABAS !! kepada DS Khir yang begitu proaktif dalam respon berkaitan isu banglow mewah beliau. Dibawah ini respon beliau dan komen aku. Artikel asal di http://www.drkhir.com

1.
Pagi tadi ADUN Sekinchan (kami berjiran dari segi geografi kedudukan DUN) membawa pemberita melawat rumah saya di Shah Alam dan kemudiannya membuat kenyataan akhbar yang membawa maksud seolah-olah saya memperolehi pendapatan dari sumber yang tidak sah. Ini merupakan tindakan desparado untuk mengalih tumpuan daripada isu-isu dalaman pakatan mereka dan juga kegagalan beliau melaksanakan tugas wakil rakyat beliau dengan baik di Sekinchan.
Aku: Dalam video klip malaysiakini memang ADUN Sekinchan itu mempertikaikan banglow mewah dan kekayaan DS Khir dan beliau juga minta DS memberi penjelasan. Saya juga dengar beliau kata ada bukti.

2.
Sungguhpun isu rumah ini telah beberapa kali timbul, saya mengambil sikap tidak menjawab atau memberi respon kerana berpendapat bahawa rumah saya adalah isu kehidupan peribadi saya. Ini kerana saya yakin saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau pun jenayah kerana semuanya ada rekod dan telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (sekarang ini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Aku: Tidak dinafikan bahawa rumah DS adalah isu kehidupan peribadi, tetapi jangan lupa DS adalah seorang pemimpin yang pernah menjadi MB Selangor. Kalau dah kelihatan berbelanja melebihi pendapatan, mesti lah rakyat pertikaikan. Apabila DS bercakap soal SPRM, boleh kah integriti nya dipercayai kalau siasatan dan pendakwaan nya berpilih pilih. Kalau DS dah kata bahawa SPRM telah siasat dan semua nya OK, bagus lah. Makna nya DS seorang yang bersih.

3.
Namun tindakan Ng Sue Lim menjadikan isu rumah saya sebagai bahan berita memerlukan saya memberi penjelasan sedikit sebanyak mengenai isu ini.
Aku: No Komen

4.
Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta.
Aku: Minta maaf DS. Apabila melihat gambar gambar banglow tersebut sahaja pun, secara jujur aku tak percaya. Mungkin aku seorang yang tidak reti (pandai) menilai, apatah lagi menilai hartanah. Yang aku reti mungkin membezakan yang mana dipanggil pondok, teratak, rumah, banglow, mahligai dan istana. Setiap kali aku melalui 'Aman Perdana' dan 'Setia Alam', rumah nya yang tidak sebesar mana pun, aku lihat berharga dari RM299,000, takkan lah rumah DS hanya seperti dikhabar. Kalau apa yang DS kata kan itu betul, bagus lah.

5.
Jika Ng Sue Lim membuat penyelidikan dahulu beliau akan mengetahui bahawa pembelian tersebut termasuk rumah dan kolam renang. Saya hanya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap bumbung yang ketika itu belum siap.
Aku: Dicadangkan DS ambil tindakan menyaman Ng Sue Lim kerana telah memalukan DS dan mengemukakan dakwaan yang tidak berasas.

6.
Untuk rekod juga pembelian tersebut telah pun disiasat oleh BPR ketika itu dan juga telah saya maklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Jadi tidak timbul saya menyembunyikan pemilikan rumah tersebut.
Aku: Isu nya bukan menyembunyikan pemilikan rumah tersebut, tetapi kos yang dianggap diluar kemampuan DS untuk memiliki nya.

7. Berhubung dengan dakwaan bahawa rumah saya bernilai RM 24 juta, saya dengan ini mengemukakan tawaran terbuka kepada beliau untuk mencari pembeli dengan harga tersebut. Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM 12 juta kepada beliau.
Aku: Pada pendapat aku nilai rumah tersebut semasa dibina mungkin dalam lingkungan RM5-10 juta. Sekarang bila dah siap sepenuh nya mungkin nilai nya pun dah naik. Aku teringat satu waktu dahulu, ubahsuai kediaman rasmi Menteri Besar Selangor waktu itu Datuk Abu Hassan Omar bernilai RM4 juta. Itu cerita 10 tahun lepas dan itu kos ubahsuai, belum cerita kos buat rumah baru.

8.
Ini semua adalah taktik politik yang dirancang menjelang Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menghalalkan usaha menggantung saya dan empat adun yang lain. Selain itu ia juga bertujuan untuk dijadikan modal dalam sidang DUN nanti sekaligus mengalih tumpuan daripada isu-isu pentadbiran dan pembangunan negeri sekarang ini.
Aku: Saman saja Ng Sue Lim

9. Mereka mahu mengelirukan rakyat dan menarik simpati. Bagi mereka jika Khir Toyo yang ada rumah besar bernilai berjuta tidak didakwa, maka tidak sepatutnya Khalid Ibrahim terbabit dalam kes kecil seperti lembu korban, tinted kereta dan beberapa isu lain didakwa atau disiasat.
Aku: Hujah DS kebudak budakan lah. Majoriti rakyat bukan bermentaliti macam mak bapak kita dahulu yang mudah dikelirukan. DS jangan lupa, sekarang adalah zaman maklumat dihujung jari. Nak dakwa mesti ada bukti. Aku sendiri dengar dalam TV, Ketua Pengarah SPRM mendakwa ada bukti yang kukuh tentang kes rasuah DS Khalid Ibrahim, tetapi sampai sekarang tidak dakwa. Mengapa?. Mungkin bukti yang dikatakan itu tidak ada.

10. Dengan membuat dakwaan bombastik seperti ini, Pakatan DAP-PKR berharap ia memberi tekanan kepada SPRM agar tidak menyiasat dan mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dalam beberapa isu salah laku pentadbiran.
Aku: DS jangan buat lawak !. Kalau Kerajaan Persekutuan di pegang oleh Pakatan Rakyat, aku amat bersetuju dengan apa yang DS katakan.

11. Apakah mereka benar-benar memperjuangkan ketelusan dan anti korupsi atau sekadar menyanyikan untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional demi merebut kuasa?
Aku: Apa beza nya..., Barisan Nasional tak pernah memburuk kan Pakatan Rakyat ? dan Barisan Nasional bertanding pilihanraya untuk apa?, bukan untuk kuasa ke?..

12. Saya tahu bagi mereka yang telah tertutup mindanya tidak akan menerima apa-apa penjelasan pun. Saya hanya menjelaskan kepada mereka yang ingin mencari kebenaran.
Aku: DS Khir, orang yang tertutup minda ialah orang yang tidak banyak mendapat maklumat dari berbagai sumber dan menapis nya dengan baik. Tidak kira dipihak mana orang itu, sama ada penyokong BN atau bukan penyokong BN.

Sekian, mintak maaf DS....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...