Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 December 2009

Hadiah kerajaan kepada rakyat 2010: Harga gula naik 20 sen & cukai kad kredit RM50


Tidak ada kena mengena dengan cerita dibawah. Cuma nama nya ialah Sharbat Gula dan beliau terkenal disebabkan National Geographic. (baca sini)

*Update: Harga roti juga naik (baca sini)


Harga baru roti jenama 'Gardenia'

Menjelang tahun baru atau lebih tepat lagi 1.1.2010 ada 1 benda naik dan 1 benda lagi dulu tak ada sekarang ada. Rata rata aku rasa tidak langsung terkejut sebab memang begitu lah tabiat Kerajaan BN untuk mencari duit apatah lagi negeri negeri yang dulu nya lubuk duit untuk BN sekarang telah jatuh ketangan PR.

Benda yang naik itu juga, rasa nya menyebabkan 'rakyat yang didahulukan' untuk pencapaian kenaikan itu akan juga naik darah nya. Yang naik itu tak lain tak bukan ialah gula. Harga nya dari RM1.45 menjadi RM1.65, naik sebanyak 20 sen sekilogram. Patut lah pergi kedai dan pasaraya, gula haram tak ada langsung. Aku tunggu jugak masa berita 8.00 malam, kalau kalau ada seorang dua menteri yang nak bagi ulasan untuk mengiyakan kenaikan tersebut. Alahhh! tak kan korang tak biasa dengar ayat " Err...kenaikan adalah tidak membebankan" atau pun " harga masih rendah jika dibanding dengan Indonesia, Thailand..bla...bla". Yang ada hanya lah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom. Itu pun sebab dia yang umumkan, kalau tidak lama dah dia cabut. Mengapa menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tak berani nak umum ?. Pergi mana ?. Ada lain kerja ke atau menyorok kan diri ?. Kalau beliau tak ada mana timbalan menteri ?, ada kerja lain juga ke ?. Kesian Datuk Mohd.Zain, berbelit belit dan nampak gementar semasa memberi ulasan. (berita kenaikan harga gula disini)



Benda yang dulu tak ada, tetapi bermula esok kena bayar ialah cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50.00. Aku malas nak tulis sebab ada orang dah tulis lebih baik daripada kalau aku yang tulis. Aku 'paste' di bawah ini artikel berkaitan yang aku ambil dari http://edyesdotcom.blogspot.com (terima kasih edyesdotcom).


Salam 1Malaysia(Baca : Najib Lahanat),

Sebelum saya meneruskan artikel ini dengan panjang lebar, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kerajaan Najib menipu dan memerangkap rakyat Malaysia dengan cukai perkhidmatan kad kredit yang bakal dilaksanakan mulai esok. Kita harus bangkit menentang segala bentuk penindasan termasuklah cukai RM50 setiap satu kad kredit yang dimiliki.

Gerbang 2010 dibuka dengan satu bebanan yang khas ditujukan kepada rakyat yang terbeban. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit dan kad debit adalah sangat membebankan. Ini ditambah pula dengan RM25 untuk kad-kad tambahan walaupun mempunyai kredit limit yang sama.

Bukankah sebenarnya kad kredit itu adalah kad hutang atau e-hutang? Berlainan dengan kad debit atau kad MEPS ATM, kad kredit membenarkan hutang secara terus dan memudahkan pengguna dari aspek mendahulukan duit sebenar. Namun kepenggunaan kad kredit oleh rakyat kebanyakkan lebih kepada membuat hutang dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan kebanyakkan harga barang keperluan melonjak sejak 2-3 tahun ini.

Mengapa kad kredit menjadi pilihan Rakyat Malaysia atau lebih tepat pilihan orang melayu? Kerana kad kredit memberi nafas kepada mereka yang memerlukan. Trend kad kredit digunakan oleh bangsa kita kerana ia memberi pendahuluan untuk segala jenis keperluan seperti membeli barang2 dapur, membeli keperluan anak kecil seperti susu dan lampin, menjadi kad minyak dan tidak kurang juga menggunakan kad kredit untuk servis dan baikpulih kenderaan.


Cukai RM50 untuk setiap kad kredit yang dimiliki adalah sesuatu yang wajib ditentang oleh setiap masyarakat. Ia tidak langsung mentafsirkan slogan 1Malaysia buatan Najib. Inikah konsep rakyat didahulukan? atau memang benar-benar rakyat didahulukan untuk membayar cukai tambahan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sedar bahawa kebanyakkan pengguna kad kredit bukan hanya dari golongan yang elit dan senang. Golongan pertengahan dan bawahan juga ada yang menggunakan kad kredit sebagai talian hayat dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan cukai tambahan ini juga, kerajaan seumpama bertindak zalim kerana menambahkan lagi bebanan 'interest charge' yang dikenakan setiap bulan. Walaupun ia hanya RM50, tetapi ia berlaku setiap tahun dan ia termasuklah tambahan RM25 untuk setiap kad tambahan yang kredit limitnya hanya satu.

Pengguna-pengguna kad kredit se-Malaysia seharusnya timbul rasa tersentak dengan cukai baru ini. Sedar atau tidak, ini adalah satu perangkap terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya. Cukai RM50 ini tidak sepatutnya dikenakan terhadap pengguna sedia ada. Kalau benar kerajaan ingin mengenakan cukai ini, adalah wajar untuk hanya dikenakan kepada pemohon-pemohon baru kad kredit.

Pengguna tegar kad kredit pastinya punya masalah untuk membatalkan penggunaan kad kredit kerana baki outstanding yang masih banyak itu perlu diselesaikan sebelum kad tersebut dibatalkan. Adalah tidak adil ia dikenakan terhadap pengguna sedia ada.

Saya percaya, ketegasan kerajaan menjalankan cukai perkhidmatan kad kredit ini mencerminkan betapa zalimnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan mengenakan cukai dengan sesuka hati. Ketirisan dan kebocoran dalam pemerintahan tidak dititik berat malah rakyat menjadi mangsa kerakusan Barisan Nasional merompak hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Hancur Hancur!!! Hancur BN!!


Kesimpulan nya, naikkan lah lagi apa yang dirasa boleh dinaikkan. Buat lah cukai baru yang kamu fikir boleh menggemokkan tembolok kamu. Sebab, apabila kamu buat semua itu, kami ada modal untuk diberitahu kepada rakyat yang sudah terlalu banyak dibebankan dengan segala jenis cukai supaya pada PRU 13 nanti, anda semua yang dinaikkan dan suka menaikkan akan dapat diturunkan.

Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


30 December 2009

JHEAIK sahkan Elia Suhana isteri kedua Sultan Kelantan.


Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana

KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.


Dari kiri; KDYMM Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha,KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar

Aku cuma nak kata:
Sebelum aku kata apa apa, aku memohon ampun dan maaf kepada yang terlibat dalam bab poligami ini. Aku cuma nak kata secara umum. Tidak sama sekali untuk mengatakan si Anu betul atau si dia salah. Lagi pun aku sendiri pun tak berani nak kahwin 2.

Poligami ini bukan lah 1 benda yang salah. Oleh itu aku tak faham mengapa kebanyakan orang cuba merahsiakan kepada umum. Tak kira lah orang biasa atau Bangsawan. Lain lah kalau perempuan simpanan...., yang ini memang lah kena rahsiakan kerana ia nya benda salah samaada dari segi Agama mau pun masyarakat.

Dalam konteks cerita ini, aku 'tabik spring' dengan Sultan Brunei, DYMM Sultan Hasanal Bolkiah. Dalam kebanyakan upacara rasmi, baginda akan membawa bersama kedua dua isteri baginda. Nampak seperti baginda mengiktiraf kedua dua isteri baginda dari sudut perundangan. Berbeza dengan di Malaysia. Disini semua nya kalau boleh nak sorok. Kalau orang besar dan bangsawan pun mereka hanya akan bawa isteri pertama sahaja. Aku tak tak tahu apa status isteri kedua dari sudut perundangan....so aku tak berani nak komen lebih, tapi itu lah yang aku nampak dan lihat.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


28 December 2009

Pemuda PAS Selangor buat aduan polis terhadap kumpulan 'penyokong & pengundi PAS'


Kumpulan yang mendakwa Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor, tapi ramai nya tak berani nak tunjuk muka. Untuk cerita & lebih banyak gambar klik http://minaq-jinggo.fotopages.com

Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan seorang peserta demonstrasi yang didakwa menyamar sebagai ahli parti, kata seorang pemimpin dewan tersebut.

Aduan yang sama turut dibuat terhadap sekumpulan kira-kira 20 peserta demonstrasi itu, semalam, yang didakwa cuba mensabotaj parti itu dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan itu di Shah Alam tengah hari ini, menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS) di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha dewan itu Khairul Fahmi Mat Som, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu menamakan jurucakap GKPPPS Wan Hilman Wan Abd Rahim yang mendakwa dirinya ahli PAS Gombak.

"Jadi laporan polis ini kita fokuskan juga kepada Wan Hilman kerana dia mengaku sebagai ahli PAS sebab kita nampak dia cuba menyamar sebagai ahli PAS," katanya kepada Malaysiakini selepas aduan tersebut.

"Saya tidak pasti (Wan Hilman) itu orang parti mana, yang pasti dia bukan penyokong PAS."

Tambahnya, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi tersebut yang menuntut PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dengan alasan dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim pula, yang turut hadir semasa laporan polis itu dibuar, berkata aduan dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

"Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi. - http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
OOOiiii.....Ni ape ke hal nya pulak ni. Tak puas puas lagi ke nak cuba membuat orang ramai membenci dan menyampah disamping memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau pun aku dan majoriti rakyat menyampah kat PR, rasa nya kami lebih menyampah kat UMNO/BN 2 kali ganda. He...he...he..

Hari tu ada kumpulan arak kepala lembu, tapi tak jadi apa pun. Lepas tu ada pulak yang nak joint PAS tapi ditolak mentah mentah oleh PAS. Macam lah PAS ni kemaruk sangat nak kan dia tu jadi ahli. PAS ni lain lah beb!. Yang ni pun tak jalan.


Penasihat Undang2 MAGARAN, Sdr Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz yang nak masuk PAS (tapi sebenar nya nak perli) tetapi ditolak mentah oleh PAS. Dia report pada SUHAKAM pasal PAS tak bagi dia joint PAS. Sekarang dah senyap?. Untuk cerita & lebih banyak gambar klik http://minaq-jinggo.fotopages.com

Apa lagi nak buat ye?!. OOOOO!!!! mari kita buat Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS). Bila masa diaorang buat dan daftar, aku pun tak tahu. Entah entah pemimpin PAS sendiri pun tak tahu. Kalau tengok memorandum nya bukan main lagi. Ahli PAS tegar pun kalah beb!!. (memorandum ini aku ambil dari
http://minaq-jinggo.fotopages.com)

MEMORANDUM

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)
DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.
2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.
3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.
4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.
5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.
6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.
7. PAS bukan alat kepada parti lain.
8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.
9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.
10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.
11. PAS mempunyai maruah sendiri.
12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

27 December 2009

Siapa nak siasat Tun M ?, Kerajaan atau Suruhanjaya Diraja ?



DS Rais Yatim berkata Kerajaan tidak perlu menyiasat Tun Mahathir seperti apa yang dilapor oleh Utusan Malaysia. Semua nya berpunca dari buku yang ditulis oleh Barry Wain. Untuk mempertahankan Tun M, DS Rais menggunakan alasan yang agak dangkal untuk menyokong apa yang dikatakan nya itu. Mengapa aku kata begitu?

1. DS Rais kata Tun M adalah orang yang banyak jasa. Semua rakyat terhutang budi, kata beliau. Betul ke tidak, itu cerita lain. Kalau dah menggunung sangat jasa Tun M, apa pasal DS Rais pulak yang takut sangat. Berani kerana benar, takut kerana salah !!!. Lagi pun Tun M yang sanggup menerima cabaran untuk membersihkan nama beliau yang banyak jasa itu.

2. Dalam dunia sekarang ini, bukan kah Tun M boleh saman Si penulis Barry Wain tu. Saman dia dalam RM 1 billion ke, biar dia tinggal seluar dalam saja. Pandai pandai dia nak fitnah Tun M yang DS Rais dakwa terlalu banyak jasa. Mengapa tak mahu saman ? atau memang tak boleh saman sebab Si Barry ini 'orang putih'. Aku pun tak tahu.

3. DS Rais dan DS Hishammuddin jangan lah nak melebih lebih sangat. Aku tak nafikan bahawa Tun M ada membuat jasa. Cuma yang tak disebut Tun M banyak juga membuat silap dan huru hara yang menyusahkan ramai rakyat. Aku tak mahu cakap lebih lebih, nanti dituduh menghasut.

4. DS Rais juga berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara. Ya memang betul tu DS Rais. Dalam aku ingat-ingat lupa, kalau tak silap aku, Tun M bersara dalam keadaan populariti nya yang cukup merudum. Tun M waktu itu menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN. Kalau Tun M tidak berundur waktu itu sudah pasti BN akan kehilangan 2/3 majoriti lebih awal dari PRU12. Itu semua berlaku kerana rakyat telah meneliti, menilai dan menghakimi pentadbiran Tun M, bukan hanya semasa beliau jadi PM tetapi sehingga lah sekarang.

Kesimpulan: Jangan bagi Tun M di siasat oleh kerajaan iaitu SPRM, sebab aku sudah pun dapat agak apa keputusan nya. Bagi pada Suruhanjaya Diraja yang bebas baru lah betul dan keluar kan nanti kertas putih hasil siasatan tersebut. Ada kes ke tidak ?, nak dakwa ke tidak , itu soal lain.

----------------------------------------------------------------------------

'Tak perlu siasat Dr. Mahathir"

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kerajaan tidak perlu menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya kerana dakwaan-dakwaan oleh Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara.

Katanya, semua rakyat Malaysia terhutang budi atas kewibawaan Dr. Mahathir menerajui negara sehingga berjaya.

"Tidak perlulah kerajaan menyiasat pendapat yang gelojoh daripada penulis picisan (Barry) itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Barry yang berpangkalan di Singapura itu menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudian mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Cabaran Kit Siang itu disahut Dr. Mahathir yang meminta kerajaan bersikap telus dan membuka semua siasatan berhubung perbelanjaan pada era pentadbirannya.

Rais berkata, apa yang didakwa Barry dalam bukunya itu hanya menjadi peluru politik kepada parti-parti pembangkang untuk memburuk-burukkan Dr. Mahathir.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sependapat dengan Rais berkata, bekas Perdana Menteri itu telah melakukan yang terbaik kepada negara.

"Yang penting beliau telah melaksanakan amanah dengan ikhlas demi bangsa dan tanah air, jadi tidak perlu diungkit-ungkit lagi," katanya.

Tambah beliau, apa yang lebih penting sekarang ialah semua rakyat Malaysia perlu bersungguh-sungguh melihat ke hadapan bagi mencapai wawasan negara.

"Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita yakin beliau akan meneruskan perjuangan pemimpin sebelum ini dengan tekad baru," katanya.

Photobucket

26 December 2009

Sudah 2 kes, bas 2 tingkat rempuh pembahagi jalan lebuhraya

Kemalangan yang melibatkan bas ekspress 2 tingkat berlaku lagi pada pagi ini. Akibat dari kemalangan tersebut 10 nyawa melayang. JPJ dalam laporan awal nya mengesahkan bas berkeadaan baik dan kebolehpakaian bas tersebut (rujuk berita dibawah sekali).

Kepada yang 'mudah lupa' kemalangan ini adalah kemalangan kali ke-2 melibatkan bas ekspress 2 tingkat yang mana kemalangan yang berlaku pagi tadi adalah 99% sama dengan kemalangan sebelum ini.

Pada April 2009 sebuah bas 2 tingkat melanggar pembahagi jalan di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang. 6 orang terbunuh dalam kemalangan yang berlaku jam 5.00 pagi itu. Mereka terbunuh kerana besi penghadang jalan menusuk masuk kedalam bas. (baca lagi disini)






Gambar- gambar kemalangan bas pada April 2009 di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang

Pada kejadian terbaru kalau mengikut BERNAMA, kesemua 10 mangsa yang terbunuh dan 2 yang cedera adalah penumpang dibahagian bawah. Dalam kemalangan ini juga besi pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan (baca disini).

http://www.mstar.com.my/archives/2009/12/26/mstar_berita/bas2.jpg
Anggota Rela dan polis mengangkat mayat mangsa kemalangan yang melibatkan bas ekspres awal pagi tadi. Bas malang tersebut membawa 48 orang penumpang dari Shah Alam, Selangor menuju ke Alor Star, Kedah. --fotoBERNAMA

Semua kenyataan dari pihak yang berkaitan menyatakan mungkin kelajuan, cuai, mengantuk dan sebagai nya. Aku rasa memang kenyataan itu berasas dan tidak salah. Aku cuma nak tekan kan bahawa kemalangan sudah berlaku dan bila bila masa boleh berlaku. Tidak boleh kah kemalangan yang telah berlaku itu di minimumkan kesan atau 'impact' nya. Mengapa tidak ada langsung kenyataan tentang keadaan lebuhraya dan penghadang pembahagi jalan. Aku memang tak pandai nak cerita. Oleh itu sesiapa yang rajin nak tahu dari sudut pandangan lain, boleh lah melawat ke laman blog yang berkaitan di oshthejourney.blogspot.com

Secara umum, mungkin boleh aku kata kalau penghadang pembahagi jalan dibuat dari konkrit ke atau kabel ke, dapat mengurangkan mangsa yang maut. Lagi pun dah banyak negara lain guna kan konkrit dan kabel. Dalam negara kita pun dah ada tapi tak menyeluruh. (baca sini)

Satu lagi aku musykil, adakah bas 2 tingkat dikira selamat untuk perjalanan yang jauh ?. Tak silap aku perkara ini pernah ditimbulkan selepas kemalangan di Rawang tempohari...tapi, lepas tu sonyap ajo jang !!!!.....

--------------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA 26/12/09: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan bas dua tingkat Sani Express yang terbabas menyebabkan kematian 10 penumpang awal pagi tadi berada dalam keadaan baik semasa kemalangan itu berlaku.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, laporan siasatan awal mendapati bas tersebut baru didaftarkan pada September lalu dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengesahkan kebolehpakaian bas tersebut.


Selain itu, menurutnya, pengangkutan awam berkenaan turut mematuhi piawaian keselamatan R66 yang digunakan Suruhanjaya Ekonomi Eropah.


Katanya, lesen dua pemandu itu adalah sah dan cuma salah seorang pemandu mempunyai dua saman.


"Mengikut rekod, kesalahan kecil itu adalah salah letak kenderaan dan langgar syarat permit (iaitu mengubah laluan). Kedua-dua pemandu tidak ada (mempunyai mata demerit di bawah Sistem) Kejara.


"Dari segi rekod, semuanya okey. Siasatan menjurus kepada bagaimana dia memandu pada ketika itu," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.


Beliau mengulas kemalangan maut di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini sehingga membunuh 10 penumpang dan dua lain cedera dengan seorang daripadanya parah.


Bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam semalam menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.


Semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan. Semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan.


Kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh manakala kesemua mangsa yang maut dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.


Solah memberitahu, JPJ memeriksa brek, tayar dan lesen pemandu bas itu di stesen bas Klang Sentral dan semuanya berada dalam keadaan baik.


Mengenai dakwaan seorang penumpang yang terselamat bahawa pemandu itu kelihatan mengantuk sebelum kemalangan itu berlaku, Solah berkata, polis hanya akan dapat mengesahkan perkara ini bila selesai menyoal siasat pemandu-pemandu dan saksi.


Jelas beliau, siasatan awal menunjukkan perkara itu tidak mungkin berlaku.


"Ini kerana pemandu dah bertukar. Kemalangan cuma berlaku 20 kilometer pertama selepas pertukaran pertama pemandu di Simpang Pulai," katanya.


Sementara itu, Solah memberitahu, tiga pasukan iaitu bahagian kejuruteraan automotif JPJ, Puspakom dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) telah dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.


Bagaimanapun katanya, laporan belum diterima lagi dan mungkin hanya diketahui pada sebelah petang ini.
- www.mstar.com.my


Photobucket

25 December 2009

Mungkin kah enjin jet F-5E yang hilang bukan 2 tapi 4?


Ahmad Zahid menunjuk isyarat 'bagus' semasa duduk di cockpit pesawat pejuang F5-E Tiger-(30/11/09)

PETALING JAYA, Dis 25 — Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.

"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.

"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.

"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap. http://www.themalaysianinsider.com

Aku cuma nak kata:

Kalau dakwaan terbaru oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ini terbukti benar maka amat malang lah untuk seluruh rakyat Malaysia kerana telah ditipu hidup hidup oleh pemimpin kerajaan BN terutama nya PM DS Najib. Mustahil DS Najib tak tahu satu habuk pun pasal kehilangan enjin yang amat memalukan ini. Harus diingat bahawa kes ini bukan berlaku di JKR atau jabatan kerajaan lain nya. Kalau di JKR memang aku tak heran sebab gaji diaorang pun bukan banyak tara mana sangat. Lagi pun baru-baru ini telah diisytihar bahawa pendapatan bawah RM3000 adalah dikategori Paras MISKIN Bandar. Makna nya orang berkerja di bandar yang gaji bawah RM3000 adalah orang miskin.

Kes ini berlaku didalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu 1 organisasi yang diharap untuk mempertahankan Negara.
Jangan nanti bila nak perang ATM buat cerita lawak yang pesawat tak boleh terbang sebab baru saja tahu bahawa enjin kena curi. HA..ha...ha.. lawak ...

Aku pun hairan lah di Malaysia ini. Apa kah Ketua Polis Negara, Peguam Negara, SPRM, PAC dan Ketua audit Negara tak buat kerja mereka atau tidak dibenarkan buat kerja mereka. Maka sebab itu lah setelah 2 tahun baru meletup kes tersebut. Yang pelik bila kes melibatkan 2,3 ribu ringgit, sebok bukan main, sudah lah !!......


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


24 December 2009

Lawak jenaka politik Malaysia petang Krismas

Sebelum sempat penganut-penganut agama Kristian memulakan makan malam sempena Krismas (Christmas Dinner), lawak jenaka politik Malaysia masih belum berhenti.

Di khabarkan oleh The Malaysian Insider bahawa polis akan mengambil tindakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengatakan bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dengan kejam. Klik disini.

Begitulah Malaysia. Yang menyebabkan Teoh Beng Hock dibunuh, terlepas begitu sahaja. Yang memberitahu orang bahawa Teoh Beng Hock dibunuh pula yang akan dikenakan tindakan. Apa nak jadi dengan Malaysia? Tahun 2009 bakal berakhir beberapa hari lagi. Akan tetapi, “kesakitan Malaysia” masih belum lagi dilihat akan berakhir.
Apa dosa Malaysia sehingga menjadi begini rupa. Itu lawak pertama.

Lawak kedua ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz mengatakan bahawa kekayaan negara haruslah didistribusikan dengan baik untuk mewujudkan keadilan kepada semua. Klik disini. Apakah beliau fikir rakyat Malaysia masih lupa bagaimana “AP-AP” dibahagikan kepada kroni-kroni beliau sewaktu beliau berkuasa dahulu? Apakah itu satu distribusi yang adil? Lawak-lawak…

Terakhir ialah Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengatakan bahawa polis perlukan lebih masa untuk menangkap Raja Petra Kamarudin, penggendali laman web Malaysia Today. Klik disini. Dalam begitu banyak kes jenayah di Malaysia seperti curi motor, curi kereta, pecah rumah, rompak rumah, rogol dan banyak lagi, Raja Petra juga yang kau sibuk nak tangkap. Sebab apa? Sebab Raja Petra sakitkan hati isteri perdana menteri ke? Yang menyebabkan rakyat ramai menderita hidup tak aman dan tak tenteram itu tak akan nak biar saja? Lawak-lawak. Sekian. Itu serba sedikit lawak petang Krismas. He he he he. - http://www.aminiskandar.com

23 December 2009

Tun M & Pak Lah sama saja. Kedua dua perlu disiasat



KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya.

Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun. Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewengan dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."katanya.- http://www.harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:
Kalau sebagai seorang kawan, dalam konteks isu ini Tun M memang tidak boleh diharapkan. Orang pertikaikan beliau menyeleweng duit, diseret nya dengan Pak Lah sekali. Tak pasal pasal Pak Lah yang dah pencen dengan aman tiba tiba tersentak. Nasib baik jantung Pak Lah kuat lagi, kalau tak, mahu kena 'heart attack' gara gara dengki Tun M terhadap Pak Lah. Sudah lah masa Pak Lah jadi PM dulu Tun M asyik kacau daun tak habis habis. Ini kawan tu dah bersara pun dengki lagi.

Mana tak dengki. Tun M perintah 23 tahun cuma menghabiskan 100 bilion tetapi Pak Lah perintah cuma 5 tahun habiskan lagi banyak iaitu 270 billion. Pokok pangkal nya dua dua perlu disiasat dan mesti diambil tindakan kalau didapati bersalah, tetapi rasa nya jangan harap lah ini semua akan berlaku selagi BN masih memerintah. Maka oleh itu aku berdoa semoga mereka berdua dipanjangkan umur supaya Insyaallah dapat melihat BN menjadi pembangkang satu hari nanti. Amin !!!


Sekian

22 December 2009

Kehilangan 2 enjin F-5E dan peralatan lain manifestasi Kerajaan BN tidak serius


Gambar hiasan semata mata

KUALA LUMPUR, Dis 22 — Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

"Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di sini.

Beliau berkata selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan Lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. — Bernama

Aku cuma nak kata:
Seperti yang dijangka bahawa kehilangan engin pesawat F-5E adalah sebahagian 'tip of an iceberg' terbukti benar dengan pendedahan terbaru ini. Sebelum ini, ingatkan 1 engin saja yang hilang. Sekarang dah jadi 2. Esok mungkin jadi 3. Tulat, tonggeng ???....

1.
Kenyataan basi Menteri Pertahanan ialah Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab. Macam lah perkara itu berlaku semalam, pada hal benda tu berlaku dah 2 tahun. Lembap sungguh kerajaan BN bertindak ye!. Kata hanya BN yang pandai memerintah. Pandai perintah apa benda kalau dah 2 tahun baru nak siasat dan ambil tindakan. Patut nya kenyataan tersebut keluar 2 tahun lepas.

2.
"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus. Mengapa guna istilah Pengkhianat, penderhaka ?. Mengapa tidak guna istilah penjenayah ?.Sudah pasti untuk menunjukan betapa besar nya kesalahan tersebut. Setahu aku kalau dah pengkhianat dan penderhaka maka kes ini setaraf lah dengan kes curi senjata tentera oleh kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalek, Sauk, Perak sedikit waktu dulu. Apa hukuman yang kumpulan ini terima ? (baca di sini). Dalam konteks ini, kes kehilangan engin pesawat dan peralatan tentera yang lain adalah lebih besar dan serius dari kes Al-Maunah.

3. Ahmad Zahid meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi. Seleweng fakta apa benda nya Datuk Seri oiiii..???. Yang hilang enjin pesawat F-5E TUDM. Ada ke bloggers tulis enjin kapal laut TLDM ?. Satu lagi, kalau kami bloggers buat spekulasi pun adalah spekulasi yang rasional dan bukan hentam keromo semata-mata. Ramai antara bloggers adalah pekerja yang ditempat kerja kami pun ada juga setor, tempat simpan barang dan gudang. Sudah tentu lah prosidur atau proses keluar masuk barang, secara asas nya adalah lebih kurang sama. Ini kan pulak yang melibatkan hal-hal dan barang kepunyaan tentera. Tak kan lah prosidur penghantaran bungkusan melalui
"pos laju" atau "currier" lebih baik dan lebih teliti dari prosidur Angkatan Tentera.

Ada kah menulis begitu menjadi satu kesalahan ?. Habis tu apa saja yang dibuat oleh 'engkorang', 'kitaorang' ni kena diam aje lah, tapi bila 'engkorang' nak duit 'kitaorang', pandai pulak 'engkorang' mintak dengan 'kitaorang' ye!. Tuu....cukai cukai yang 'engkorang' kata tak membebankan tu, apa kebenda nya...


'Engkorang' memang banyak songeh la......... Sekian.


* Nota: dibawah ini adalah komen berkaitan isu diatas yang aku ambil dari pahang daily online dan artikel nya boleh baca di sini

Penulis skrip said...
"Kenapa baru sekarang kecurian enjin pesawat F5E diperbesar sedangkan kehilangan tersebut telah disedari berlaku pada tanggal 26 Jun 2007 dan 1 November 2007 (kedua)....?"

Jawapannya mudah saja kerana 2008 adalah hari pilihanraya umum ke12. Jika berita kecurian itu dihebahkan lebih awal... Mohd. Najib akan jadi kain buruk di Parlimen Pekan.

Seseorang yang ingin berjaya dalam politik, mesti ada banyak duit.. yang disebut politik wang.

Mengapa Tun Dr. Mahathir boleh memerintah Malaysia seperti raja selama 22 tahun...? Jawapannya adalah bukan kerana beliau bijak mentadbir tetapi disebabkan beliau mempunyai banyak duit untuk dilaburkan dalam pasaran "politik wang".

Persoalannya sekarang... siapa terlibat ?

Cerita mudah, menteri pertahanan yang kini adalah perdana menteri bersubahat dalam mencuri harta kerajaan yang ditadbirnya.

Persoalannya: Rakyat malaysia boleh buat apa tindakan diatas kecurian itu....?

Dalam Malayasia sehingga hari ini, adakah diantara menteri kerajaan didakwa apa juga kesalahan dimahkamah dan dihukum kecuali Anuar Ibrahim...?

Ahli UMNO sepatutnya berterima kasih terhadap para pemimpin yang mereka pilih kerana disebabkan kebijaksanaan mereka mencuri, parti UMNO boleh menabong lebih banyk duit sebelum jadi parti pembangkang.

Untuk kepastian, sila siasat dari mana punca pendapatan parti UMNO selain dari duit pendaftaran ahli.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


21 December 2009

Petronas to sponsor Mercedes F1 team next year




The Petronas logo will be on the Mercedes car next year after the oil and gas company signed a sponsorship deal with the team.

Petronas, the Malaysian state oil and gas company, will sponsor the Mercedes Formula One team next season. The team, formerly Brawn GP, will become Mercedes GP Petronas with the oil company's branding across the car and team liveries in what they said is a long-term agreement.

"The new title partnership also paves the way for future collaborations between the two companies," the team said.

Mercedes said their 2010 car would be presented in its new livery for the first test of the new season at the Valencia circuit in Spain on 1 February.

Petronas, which previously sponsored the BMW-Sauber team, will continue to be the title backer of the Malaysian grand prix, the third round of the season at Sepang on 4 April.

Mercedes have signed Germany's Nico Rosberg and are widely expected to bring back the seven-times world champion Michael Schumacher as their other driver. - http://www.guardian.co.uk

---------------------------------------------------------------------------

Petronas has just moments ago announced that it will be the title sponsor of Mercedes GP! This comes as a surprise after it was widely reported that the national oil company will be ending its involvement in F1 as a team sponsor. The choice of Mercedes GP is also unexpected – after all Malaysia has its “own” team in Lotus F1.

The five-year agreement with Mercedes comes after Petronas’ deal with BMW Sauber ended in the just concluded 2009 season. Under this new deal, Petronas will be the title partner to the Silver Arrows works team, which will be officially known as the Mercedes GP Petronas Formula One Team.

The official media statement explains that “this partnership allows related business arrangements with Mercedes that will support Petronas’ international business expansion efforts, particularly in its global lubricant business. The exclusive rights of a title partner and association with the premium, internationally-renowned Mercedes brand will further enhance Petronas and Malaysia’s ongoing global brand positioning efforts. Petronas will also be able to continue to leverage on the extensive international exposure offered by the sport to grow its existing business activities.”

This tie-up also presents Petronas with the opportunity to utilise and leverage on Mercedes’ long motor sport heritage to further supplement its talent development initiatives as part of its contribution towards the development of Malaysia’s motorsports industry, it said.

Petronas will continue to be the title sponsor of the Malaysian Grand Prix, as reported earlier.

Quotes from Norbert Haug, Vice-President of Mercedes-Benz Motorsports and Ross Brawn, Team Principal are after the jump.

UPDATE: The Mercedes GP Petronas Formula One Team’s race car will make its track debut in its new livery at Valencia on 1 February to start pre-season testing ahead of the 2010 season.

Norbert Haug, Vice-President of Mercedes-Benz Motorsports

“We are very pleased to begin our long-term partnership with our new title partner PETRONAS. Daimler, our premium brand Mercedes-Benz and PETRONAS will work together both on and off the track and I am sure that everybody involved will guarantee their absolute dedication to success. PETRONAS’ home base in Kuala Lumpur is located in the middle of a fast-growing region for the automotive industry which makes this new partnership even more valuable. Within the limits of the new Formula One resource restrictions, the Mercedes GP PETRONAS Formula One Team will be well positioned to achieve our goals. We will all strive to present efficient success in the future knowing at the same time that the new Formula One season with some fundamental rule changes will be a particularly challenging one.”

Ross Brawn, Team Principal of the Mercedes GP PETRONAS Formula One Team

“Everyone at Mercedes GP is delighted to confirm our long-term agreement with PETRONAS and we look forward to working closely with our new partner in the future. The collaboration of the premium automotive brand Mercedes-Benz and a company as prestigious as PETRONAS gives our team a fantastic base from which to achieve our ambitions of competing at the top level of Formula One and building on the success of 2009 which saw the team achieve the Constructors’ and Drivers’ Championships. Our plans for the new season are progressing well, as is the development of our 2010 challenger, and we look forward to seeing the car run in the new Silver Arrows and PETRONAS livery at the Valencia test in February.”- http://paultan.org

Aku cuma nak kata:
Apa yang dilakukan oleh Petronas adalah 1 tamparan kepada DS Najib yang begitu gah mewar war kan pasukan F1 Satu Malaysia (Lotus F1). Pada pendapat aku DS Najib berhadapan dengan protes terhadap beliau secara senyap atau 'pukul anak sindir menantu'.


1.
Siapa ada perasan iklan DIGI yang pukul, bantai, tumbuk dan langgar dengan tayar kereta nombor 1 berwarna kuning. Sekarang iklan tu dah tak keluar dah. Tidak kah iklan berkenaan 'perli' 1 Malaysia tajaan DS Najib?.

2.
70 orang ahli Parlimen BN tidak hadir di Parlimen untuk mengundi bagi meluluskan bajet 2010 yang mana keputusan nya BN menang hanya dengan 3 undi. Ia nya amat memalukan DS Najib sebagai pengerusi BN dan Perdana Menteri. Siapa masih ingat, apakah yang ditekan kan oleh DS Najib masa mula-mula menjadi PM?. Beliau menekankan tentang Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Apa yang terjadi?. Lebih separuh dari Ahli Parlimen BN tak pedulikan KPI tersebut. Itu sebab mereka berani ponteng atau memang mereka sengaja boikot?. Siapa tahu kan?!.

3.
......dan yang terbaru ialah Petronas yang menaja Mercedes F1 team.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


20 December 2009

'Memory Lane' Ipoh, macam macam ada....

Semalam 19/12/09 aku sekeluarga ke Ipoh. Ada kenduri kahwin pangkat pak sedara isteri aku. Aku ambil kesempatan untuk menginap dirumah angah selepas selesai menghadiri majlis. Lagi pun lama dah tak balik ke rumah angah dan dah lama tak pergi cari barang barang terpakai dan antik di 'Memory Lane'.

Hari ini pagi pagi lagi aku, isteri aku dan angah pergi ke tempat jualan barang barang lusuh dan terpakai di Ipoh. Ia nya terletak di sebatang jalan yang ditutup pada hari ahad untuk aktiviti jualan dan sepanjang jalan ini dipanggil "Memory Lane". Ada macam macam barang terpakai dijual disini. Aku rasa tak payah cerita lah sebab Utusan Malaysia baru baru ini ada siar artikel pasal "Memory Lane" ini (baca disini)

Aku cuma nak kongsi sedikit gambar yang aku rasa mencuit hati dan mungkin ada diantara kita tak pernah tengok atau jumpa.

1. Semasa nak cari parking aku ternampak sebuah kereta Mitshubishi Pajero yang penuh dengan patung patung permainan kecil yang selalu nya boleh didapati di Mc Donald atau Kentucky Fried Chicken. Boleh kata kan hampir seluruh body, depan, belakang dan bahagian dalam Pajero itu di lekatkan dengan patung patung permainan tersebut. Rajin sungguh tuan punya kereta ini melayan kerenah anak atau memang dia sendiri yang minat.







2. Di penghujung jalan 'Memory Lane' aku lihat orang ramai mengerumuni sesuatu. Aku menghampiri untuk melihat apa hal nya. Rupa nya ada seorang 'apek' dengan motor antik nya. Bukan untuk dijual tetapi dia nak balik setelah berkunjung kesini. Oleh kerana ada orang tanya dia pasal motor dia, jadi dia pun cerita lah dan aku pun snap, dapat 2 gambar. Aku lihat roadtax motor dia mati April 2010.

Yang best nya motor dia tu kalau yang umur macam aku ni mesti boleh ingat. Motor seperti yang selalu digunakan oleh askar German dalam siri 'Combat' dan juga cerita cerita bercorak perang antara Amerika dengan German. Mungkin cat motor 'apek' ini pun original kot.....





3. Gambar gambar dan majalah yang membabitkan artis dan pelakon zaman dulu seperti Alahyarham P.Ramlee, Saloma dan Roseyatimah adalah berlambak di pasar ini. Aku jengah satu demi satu gerai dan aku terpandang sesuatu yang aku pun tak pernah terjumpa. Apa dia?..
TENAGA NASIONAL ada mengeluarkan kasut. Bukti nya aku terjumpa kasut jenama 'Tenaga Nasional'. Sumpah !, aku dah bertugas dengan LLN/TNB dan aku tak pernah jumpa kasut cap Tenaga Nasional. Masa aku buruh am LLN dulu, kami dibekalkan dengan kasut BATA Badminton Master (kasut sekolah untuk anak anak orang kaya masa aku sekolah rendah).

Mungkin kasut berkenaan ditempah oleh TNB dan diguna untuk pekerja pejabat saja kot. Pekerja Power Station mana boleh pakai kasut macam tu. Kitaorang kena pakai safety shoes.







Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


19 December 2009

RM50 mill F5E engine missing. Is that a tip of an iceberg?



1. An interesting news appeared in the NST today where it was reported that the RMAF is missing a RM50 mill F5E engine. I laugh when I read the news. The first thing I did was sent a few SMS to some friends whom had seen retired from the Air Force. The former Air Force chief replied my SMS with a simple message; “Malaysia Boleh”.

2. Who could imagine that a RM50 mill engine in the Air Force logistic HQ in Sungei Besi can go missing? The news paper quoted the AF Chief, reported that it is a tip of an iceberg. There is a possibility that many things has gone missing. Things that was hardly used. In the case of the F5E engine, the Air Force wanted to test their remaining F5 two-seater in its inventory and they found out that some of them are in good working order. It was when they decided to replace the engine of one of the aircraft that they realized that it was missing.

3. If my memory serves me correctly, a few years ago while I was in TUDM, there were rumors that the someone went into the Sg. Besi camp in the early hours of the morning and drove away with the Air Force chief car. I think they still haven’t found the car till today.

4. On June 25th, 1988, Lt Wahi Anuar Mat Amin which flew the Skyhawk from Kuantan towards Labuan, break his formation and disappeared in the South China Sea. His remain or pieces of the Skyhawk aircraft was never found till today despite the international efforts involving the Indonesian, US and Singapore Armed Forces.

5. It seems the RMAF have the habits of losing their assets regularly. I wonder what else would go missing. My gut feeling says that I don’t think the RMAF actually knows what they have and what they don’t. They better count how many bombs and missiles that they actually have.

6. I suspect that they would not even realize that something is missing until when someone wants to use it. May I suggest that the Air Force chief buy a bunch of padlocks from the hardware shop and fixed it on the remaining Russian made fighter jets and the C130s transport aircraft? We don’t want someone does a David Copperfield magic and the whole C130 would disappear from the tarmac! Ai yo! Yo!, chief, bikin malu la saja.
Source: http://rights2write.wordpress.com

--------------------------------------------------------------------

Enjin Disedari Hilang Apabila Ia Tidak Sampai Ke Destinasi, Kata Zahid
BALIK PULAU, 19 Dis (Bernama) -- Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kehilangan enjin itu disedari pada tahun 2007 dan beberapa tindakan serta siasatan dilakukan secara dalaman terlebih dahulu, yang turut membabitkan polis.

"Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan TUDM cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini pada Sabtu.

Menurutnya Kementerian Pertahanan sedang meneruskan siasatan berhubung kes itu, dan memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa, TUDM tidak dapat memberikan maklumat secara terperinci mengenainya kerana ia melibatkan aspek perundangan.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.

Zahid berkata sistem yang terdapat di ATM dirombak sepenuhnya sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari, dan aspek pemantauan turut ditingkatkan terhadap prosedur, inventori serta kawalan terhadap setiap pergerakan aset.

"Saya juga ingin pastikan bahawa sistem yang ada dalam inventori di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dipantau dan dikemaskan mengikut kehendak semasa," tambahnya. - Bernama

Aku cuma nak kata:
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kalau nak buat kenyataan, tolong lah buat kenyataan yang rasional dan yang punya standard sebagai seorang menteri yang sekolah tinggi dan bukan nya keyataan macam orang sekolah atap. Ada paham.

Mengapa terus menuduh mungkin dilakukan oleh
orang bawahan. Beliau tak tahu ke yang orang bawahan ini walau disektor mana sekali pun hanya lah melaksanakan arahan kerja. Orang suruh buat dia buat. Itu lah rutin kerja orang bawah. Ada lah amat mustahil enjin tersebut boleh hilang tanpa 'lampu hijau' dari orang atasan. Patut nya DS Ahmad Zahid jangan sebut orang atas atau orang bawah. Sebut saja anggota TUDM.

Beliau juga kata sistem yang digunakan TUDM
cukup baik. Kalau cukup baik mengapa perlu dirombak sepenuh nya. Itu menunjukan kan sistem TUDM kurang baik sehingga terpaksa dirombak sepenuh nya dan bukan sebahagian nya.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


17 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431 "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah"



Tahun baru kalender umat Islam datang lagi. Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 (18/12/09) kepada seluruh umat Islam, muslimin dan muslimat. Tema Maal Hijrah kali ini ialah "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah".

Yang bagus nya Maal Hijrah atau Awal Muharram ini disambut dalam suasana yang sederhana dan disulami dengan aktiviti keagamaan seperti ceramah dan bacaan Yasin tetapi bila masa sambut tahun baru masihi terus jadi macam orang yang dirasuk tak sedar diri.

Apa yang pasti apabila tiba tahun baru, itu menandakan kita semakin tua dan semakin dekat dengan mati. Oleh itu cuba lah jadi kan diri kita lebih baik dari semalam dan lebih baik untuk esok sebab mati boleh datang pada bila bila masa dan dimana sahaja.

Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------

Lebih 3,000 Sertai Bacaan Yasin Dan Doa Maal Hijrah Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Lebih 3,000 umat Islam di sekitar ibu negara malam ini menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara sempena Maal Hijrah 1431 yang akan disambut esok.

Majlis yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad al-Hafiz itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1430 Hijrah dan doa awal tahun 1431 Hijrah, solat Maghrib dan dikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Terdahulu, hadirin mengikuti forum khas Maal Hijrah bertajuk 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah' yang dipengerusikan oleh penceramah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Sambutan peringkat kebangsaan Maal Hijrah 1431 yang bertema "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah" akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok yang dijadual dirasmikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. - BERNAMA

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

http://www.emailcashpro.com


16 December 2009

The PKFZ Fiasco: The Business & Political Connections

Schematic diagram ini aku dapat dari laman blog Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang. 'Diagram' ini dibuat oleh beliau sendiri dengan rujukan dari media-media 'on-line'. Aku paparkan di sini untuk dikongsi bersama. Terima Kasih

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...