Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 December 2009

JHEAIK sahkan Elia Suhana isteri kedua Sultan Kelantan.


Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana

KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.


Dari kiri; KDYMM Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha,KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar

Aku cuma nak kata:
Sebelum aku kata apa apa, aku memohon ampun dan maaf kepada yang terlibat dalam bab poligami ini. Aku cuma nak kata secara umum. Tidak sama sekali untuk mengatakan si Anu betul atau si dia salah. Lagi pun aku sendiri pun tak berani nak kahwin 2.

Poligami ini bukan lah 1 benda yang salah. Oleh itu aku tak faham mengapa kebanyakan orang cuba merahsiakan kepada umum. Tak kira lah orang biasa atau Bangsawan. Lain lah kalau perempuan simpanan...., yang ini memang lah kena rahsiakan kerana ia nya benda salah samaada dari segi Agama mau pun masyarakat.

Dalam konteks cerita ini, aku 'tabik spring' dengan Sultan Brunei, DYMM Sultan Hasanal Bolkiah. Dalam kebanyakan upacara rasmi, baginda akan membawa bersama kedua dua isteri baginda. Nampak seperti baginda mengiktiraf kedua dua isteri baginda dari sudut perundangan. Berbeza dengan di Malaysia. Disini semua nya kalau boleh nak sorok. Kalau orang besar dan bangsawan pun mereka hanya akan bawa isteri pertama sahaja. Aku tak tak tahu apa status isteri kedua dari sudut perundangan....so aku tak berani nak komen lebih, tapi itu lah yang aku nampak dan lihat.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...