Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

28 December 2009

Pemuda PAS Selangor buat aduan polis terhadap kumpulan 'penyokong & pengundi PAS'


Kumpulan yang mendakwa Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor, tapi ramai nya tak berani nak tunjuk muka. Untuk cerita & lebih banyak gambar klik http://minaq-jinggo.fotopages.com

Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan seorang peserta demonstrasi yang didakwa menyamar sebagai ahli parti, kata seorang pemimpin dewan tersebut.

Aduan yang sama turut dibuat terhadap sekumpulan kira-kira 20 peserta demonstrasi itu, semalam, yang didakwa cuba mensabotaj parti itu dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan itu di Shah Alam tengah hari ini, menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS) di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha dewan itu Khairul Fahmi Mat Som, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu menamakan jurucakap GKPPPS Wan Hilman Wan Abd Rahim yang mendakwa dirinya ahli PAS Gombak.

"Jadi laporan polis ini kita fokuskan juga kepada Wan Hilman kerana dia mengaku sebagai ahli PAS sebab kita nampak dia cuba menyamar sebagai ahli PAS," katanya kepada Malaysiakini selepas aduan tersebut.

"Saya tidak pasti (Wan Hilman) itu orang parti mana, yang pasti dia bukan penyokong PAS."

Tambahnya, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi tersebut yang menuntut PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dengan alasan dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim pula, yang turut hadir semasa laporan polis itu dibuar, berkata aduan dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

"Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi. - http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
OOOiiii.....Ni ape ke hal nya pulak ni. Tak puas puas lagi ke nak cuba membuat orang ramai membenci dan menyampah disamping memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau pun aku dan majoriti rakyat menyampah kat PR, rasa nya kami lebih menyampah kat UMNO/BN 2 kali ganda. He...he...he..

Hari tu ada kumpulan arak kepala lembu, tapi tak jadi apa pun. Lepas tu ada pulak yang nak joint PAS tapi ditolak mentah mentah oleh PAS. Macam lah PAS ni kemaruk sangat nak kan dia tu jadi ahli. PAS ni lain lah beb!. Yang ni pun tak jalan.


Penasihat Undang2 MAGARAN, Sdr Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz yang nak masuk PAS (tapi sebenar nya nak perli) tetapi ditolak mentah oleh PAS. Dia report pada SUHAKAM pasal PAS tak bagi dia joint PAS. Sekarang dah senyap?. Untuk cerita & lebih banyak gambar klik http://minaq-jinggo.fotopages.com

Apa lagi nak buat ye?!. OOOOO!!!! mari kita buat Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS). Bila masa diaorang buat dan daftar, aku pun tak tahu. Entah entah pemimpin PAS sendiri pun tak tahu. Kalau tengok memorandum nya bukan main lagi. Ahli PAS tegar pun kalah beb!!. (memorandum ini aku ambil dari
http://minaq-jinggo.fotopages.com)

MEMORANDUM

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)
DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.
2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.
3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.
4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.
5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.
6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.
7. PAS bukan alat kepada parti lain.
8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.
9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.
10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.
11. PAS mempunyai maruah sendiri.
12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...