Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

03 December 2009

Perak senaraihitam kontraktor jambatan runtuh Kuala Dipang



IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Perak telah menyenaraihitamkan syarikat kontraktor yang terbabit dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan di Kuala Dipang, Kampar, daripada sebarang projek pembangunan di Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis sekiranya perlu bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

"Kelalaian syarikat terbabit tidak boleh diambil mudah.

"Ia sangat serius kerana tiga nyawa telah terkorban," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa kementerian itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor berkenaan.

Bagaimanapun, Shaziman menggesa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) membuat laporan polis jika mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

Zambry berkata sehingga Khamis kerajaan negeri belum menerima laporan lengkap berhubung siasatan kejadian itu.

Pada 26 Okt lepas, tiga murid maut apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Pusat Kokurikulum PPD berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu runtuh.

Kejadian pada 10 malam itu berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD itu yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah. -- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Betul ke?..., kalau betul bagus lah. Tindakan menyenaraihitamkan syarikat terbabit akan memberi iktibar atau amaran kepada lain lain kontraktor, tetapi cukup kah setakat senaraihitam kan saja ?. Mengapa syarikat atau kontraktor terbabit tidak didenda atau didakwa di mahkamah ?.

Satu lagi aku nak tanya. Mintak maaf lah kalau pertanyaan ini adalah 'stupid question'.

1.
Syarikat yang disenaraihitamkan atau pemilik syarikat yang disenaraihitamkan ?. Yang mana satu?.
2.
Apabila Syarikat kontraktor terbabit telah disenaraihitam, boleh tak tuan punya nya tutup syarikat dan buka syarikat baru ?.

Kalau nak tahu !, benda macam ini lah yang berlaku dalam skandal BMF (kertas putih nya aku pernah baca). BMF bagi pinjam duit kepada beberapa buah syarikat yang mana pengarah@tuan punya nya adalah orang yang sama.


Kesimpulan nya, kalau setakat senaraihitam syarikat tetapi tidak senaraihitam tuan punya syarikat maka Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya lah membuat tindakan main wayang sahaja. Tuan punya tu mesti gelak pecah perut.


Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...