Sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tampil mendedahkan bahawa kursus berkenaan mungkin dirombak atas arahan Perdana Menteri, Timbalan Menteri JPM Ahmad Maslan cuba memberi gambaran sebaliknya.
Beliau menafikan kurikulum BTN mungkin dirombak, sebaliknya cuma melalui proses “penambahbaikan’ minimum.
”Kita tambah baiklah…dalam ceramah kita tambah sebut 1Malaysia, lagu kita tambah,” kata Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas BTN.
Ahmad Maslan bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sekadar berkata beliau yakin Nazri tidak menyampaikan mesej tepat mengenai kursus BTN.
“Saya tidak yakin dia kata begitu, saya rasa dia maksudkan, (kursus BTN) harus diperbaiki,” tambah beliau.
Nazri semalam berkata Najib mengarahkan kursus BTN dirombak untuk memastikan ia tidak menggugat perpaduan kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia yang dibawanya.
Beliau memberi arahan itu meskipun timbalannya Muhyiddin Yassin mendakwa kursus BTN sudahpun disesuaikan dengan konsep 1 Malaysia dan tidak perlu diolah.
Najib memberi arahan itu selepas Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan pegawai kerajaan negeri dan pelajar universiti menyertai kursus BTN.
Ini kerana kurikulum BTN didapati menjurus kepada memupuk sentimen perkauman di samping menggembleng sokongan untuk Umno-Barisan Nasional.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata larangan itu bertujuan melindungi pelajar dan pegawai kerajaan daripada dakyah politik yang boleh memecahbelahkan rakyat. - www.selangorkini.com.my
Aku cuma nak kata:
Aku hairan juga mengapa hanya Umno sahaja yang beria-ia dan bermati-matian mempertahankan BTN. Manakala pimpinan yang terdiri dari MCA, MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain hanya membisu dan tidak mengulas apa-apa tentang kewajaran BTN diteruskan. Kalau BTN ini bersifat nasional, sudah pasti mereka juga patut memberi pendapat.
Begitu juga dengan Program Khidmat Negara tu... tolong lah tengok tengok kan juga...
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!Aku cuma nak kata:
Aku hairan juga mengapa hanya Umno sahaja yang beria-ia dan bermati-matian mempertahankan BTN. Manakala pimpinan yang terdiri dari MCA, MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain hanya membisu dan tidak mengulas apa-apa tentang kewajaran BTN diteruskan. Kalau BTN ini bersifat nasional, sudah pasti mereka juga patut memberi pendapat.
Begitu juga dengan Program Khidmat Negara tu... tolong lah tengok tengok kan juga...
Sekian
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment