Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 December 2009

Perkhidmatan Ambulan akan diswastakan?



Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli petang tadi meminta kerajaan tidak menswastakan perkhidmatan ambulan demi kepentingan rakyat.

Permintaan tersebut sebagai respon pada penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan bercadang menambahkan lebih seribu lagi unit ambulans demi menaik taraf perkhidmatan kesihatan negara.

"Penambahan lebih 1000 ambulan difahamkan akan diuruskan oleh suatu syarikat swasta.

"Soalan saya, adakah perkhidmatan ambulan ini akan diswastakan atau tidak," soal Dr. Hatta.

Beliau yang juga Bendahari PAS menegaskan bahawa langkah penswastaan tersebut akhirnya tidak menguntungkan rakyat.

"Sebenarnya penswastaan ini tidak semestinya akan meningkatkan kualiti, tetapi selalunya meningkatkan kos, ini yang selalu kita dengar, akhirnya merugikan (rakyat)," jelas Dr. Mohd Hatta sewaktu membahaskan isu berbangkit berhubung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjawab soalan tersebut, Liow mengakui bahawa kementeriannya ada menerima cadangan penswastaan tersebut.

"Memang ada beberapa cadangan seperti ini (penswastaan ambulan) tetapi kami (Kementerian) masih belum membuat apa-apa keputusan," kata Liow.

Pun begitu, Liow memberi jaminan bahawa rakyat tidak akan dibebankan, sekiranya polisi itu dilakukan.

"Sekiranya ada penswastaan (perkhidmatan ambulan) ini, kita (kerajaan dan Kementerian) memberi jaminan untuk kebaikan rakyat dan tidak akan membebankan rakyat," jelasnya.

Respon pada penjelasan Liow, Dr. Mohd Hatta meminta kerajaan mengkaji semua janji-janji politiknya sebelum ini.

"Memanglah dalam penswastaan (yang dilakukan kerajaan) sebelum ini, kerajaan akan janji jimatkan kos dan tidak membebankan rakyat, tapi apabila diswastakan, kita (rakyat) dapati sebaliknya," katanya

Aku cuma nak kata:
"tidak membebankan rakyat, ianya masih rendah jika dibandingkan dgn negara jiran". Ayat atau kenyataan yang biasa keluar dari mulut menteri BN.

Masih tak puas lagi, apa yang ada semua nya nak di swastakan. Pada hal apa yang masaalah nya kalau di kekalkan seperti sekarang ?. Buat penambahbaikan sudah lah.... Ini tidak !. Dalam kepala asyik dok fikir macam mana nak sapu wang rakyat. Tak dak modal lain ke ?...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...