Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

22 December 2009

Kehilangan 2 enjin F-5E dan peralatan lain manifestasi Kerajaan BN tidak serius


Gambar hiasan semata mata

KUALA LUMPUR, Dis 22 — Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

"Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di sini.

Beliau berkata selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan Lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. — Bernama

Aku cuma nak kata:
Seperti yang dijangka bahawa kehilangan engin pesawat F-5E adalah sebahagian 'tip of an iceberg' terbukti benar dengan pendedahan terbaru ini. Sebelum ini, ingatkan 1 engin saja yang hilang. Sekarang dah jadi 2. Esok mungkin jadi 3. Tulat, tonggeng ???....

1.
Kenyataan basi Menteri Pertahanan ialah Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab. Macam lah perkara itu berlaku semalam, pada hal benda tu berlaku dah 2 tahun. Lembap sungguh kerajaan BN bertindak ye!. Kata hanya BN yang pandai memerintah. Pandai perintah apa benda kalau dah 2 tahun baru nak siasat dan ambil tindakan. Patut nya kenyataan tersebut keluar 2 tahun lepas.

2.
"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus. Mengapa guna istilah Pengkhianat, penderhaka ?. Mengapa tidak guna istilah penjenayah ?.Sudah pasti untuk menunjukan betapa besar nya kesalahan tersebut. Setahu aku kalau dah pengkhianat dan penderhaka maka kes ini setaraf lah dengan kes curi senjata tentera oleh kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalek, Sauk, Perak sedikit waktu dulu. Apa hukuman yang kumpulan ini terima ? (baca di sini). Dalam konteks ini, kes kehilangan engin pesawat dan peralatan tentera yang lain adalah lebih besar dan serius dari kes Al-Maunah.

3. Ahmad Zahid meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi. Seleweng fakta apa benda nya Datuk Seri oiiii..???. Yang hilang enjin pesawat F-5E TUDM. Ada ke bloggers tulis enjin kapal laut TLDM ?. Satu lagi, kalau kami bloggers buat spekulasi pun adalah spekulasi yang rasional dan bukan hentam keromo semata-mata. Ramai antara bloggers adalah pekerja yang ditempat kerja kami pun ada juga setor, tempat simpan barang dan gudang. Sudah tentu lah prosidur atau proses keluar masuk barang, secara asas nya adalah lebih kurang sama. Ini kan pulak yang melibatkan hal-hal dan barang kepunyaan tentera. Tak kan lah prosidur penghantaran bungkusan melalui
"pos laju" atau "currier" lebih baik dan lebih teliti dari prosidur Angkatan Tentera.

Ada kah menulis begitu menjadi satu kesalahan ?. Habis tu apa saja yang dibuat oleh 'engkorang', 'kitaorang' ni kena diam aje lah, tapi bila 'engkorang' nak duit 'kitaorang', pandai pulak 'engkorang' mintak dengan 'kitaorang' ye!. Tuu....cukai cukai yang 'engkorang' kata tak membebankan tu, apa kebenda nya...


'Engkorang' memang banyak songeh la......... Sekian.


* Nota: dibawah ini adalah komen berkaitan isu diatas yang aku ambil dari pahang daily online dan artikel nya boleh baca di sini

Penulis skrip said...
"Kenapa baru sekarang kecurian enjin pesawat F5E diperbesar sedangkan kehilangan tersebut telah disedari berlaku pada tanggal 26 Jun 2007 dan 1 November 2007 (kedua)....?"

Jawapannya mudah saja kerana 2008 adalah hari pilihanraya umum ke12. Jika berita kecurian itu dihebahkan lebih awal... Mohd. Najib akan jadi kain buruk di Parlimen Pekan.

Seseorang yang ingin berjaya dalam politik, mesti ada banyak duit.. yang disebut politik wang.

Mengapa Tun Dr. Mahathir boleh memerintah Malaysia seperti raja selama 22 tahun...? Jawapannya adalah bukan kerana beliau bijak mentadbir tetapi disebabkan beliau mempunyai banyak duit untuk dilaburkan dalam pasaran "politik wang".

Persoalannya sekarang... siapa terlibat ?

Cerita mudah, menteri pertahanan yang kini adalah perdana menteri bersubahat dalam mencuri harta kerajaan yang ditadbirnya.

Persoalannya: Rakyat malaysia boleh buat apa tindakan diatas kecurian itu....?

Dalam Malayasia sehingga hari ini, adakah diantara menteri kerajaan didakwa apa juga kesalahan dimahkamah dan dihukum kecuali Anuar Ibrahim...?

Ahli UMNO sepatutnya berterima kasih terhadap para pemimpin yang mereka pilih kerana disebabkan kebijaksanaan mereka mencuri, parti UMNO boleh menabong lebih banyk duit sebelum jadi parti pembangkang.

Untuk kepastian, sila siasat dari mana punca pendapatan parti UMNO selain dari duit pendaftaran ahli.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...