Perbuatan pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang memijak gambar 3 bekas ADUN Pakatan Rakyat yang melompat menyokong Barisan Nasional semasa Konvensyen DAP Perak (Ahad-29/11/09) yang telah mengundang kecaman terhadap tindak tanduk tersebut termasuk dari Ahli Parlimen PKR. (baca disini dan disini )
Akibat dikecam pelbagai pihak, akhir nya DAP Perak memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan tersebut. (baca disini)
Akibat dikecam pelbagai pihak, akhir nya DAP Perak memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan tersebut. (baca disini)
Di bawah ini pula adalah gambar sekumpulan 12 orang yang dituduh terlibat dalam kes mengarak kepala lembu tempohari . Majoriti mereka adalah ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) , NGO yang baru ditubuhkan. Mereka berada di Mahkamah Sesyen Shah Alam (08 Dis 09).
Setelah Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kesemua 12 orang tersebut dari 12 - 16 hb April 2010, mereka mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kepimpinan DAP yang telah menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada 3 ADUN Perak yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.
Aku tak mahu cakap lebih lebih. Kepada sesiapa yang boleh berfikir, berfikir lah secara rasional. Kalau kita marah kan pemimpin DAP atau siapa sahaja yang memijak gambar orang lain sebagai biadap, melampau, bodoh dan berbagai lagi, tetapi lepas itu kita pulak buat benda yang sama.... Apa kah beza nya kita dan mereka itu ?. Lebih teruk lagi, jika siap dengan adegan lakonan 'kencing'.
Lihat lah aksi mereka................ Ada banyak lagi di http://minaq-jinggo.fotopages.com (Terima Kasih kepada minaq jinggo)
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment