Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 December 2009

Sebab bagaimana kereta menjunam Di KB Mall


KERETA Ford Laser yang mengorbankan dua mangsa selepas jatuh dari tingkat 3 di KB Mall dibawa keluar.

KOTA BHARU 9, Dis 2009 (Berita Harian): Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear".

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.


NURUL AIN (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya. - Berita harian

-------------------------------------------------------------------------------------------

Lelaki, Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kereta Menjunam Di KB Mall

KOTA BAHARU, 8 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di sini dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 20-an itu di tahan pukul 3 petang Isnin manakala yang perempuan ditahan Isnin malam di rumah masing-masing.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua lagi cedera parah iaitu Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nurul Ain Said, 17, di mana kedua-dua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang dipercayai rakan kepada Nurul Ain menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Siasatan lanjut kini tertumpu kepada punca dan sebab kejadian.

Semalam Abdul Rahim berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu.

Difahamkan lelaki yang ditahan semalam adalah abang angkat kepada Nurul Ain dan kenderaan Ford Laser TX3 itu telah dipinjam oleh abang angkat berkenaan daripada seorang rakannya untuk membawa Nurul Ain dan adik, Nurul Akmal, 14, ke pasar raya itu untuk membeli-belah.-- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Jika benar seperti apa yang dilapor oleh media. Secara umum nya, dari laporan media diatas ada banyak andaian dan kesimpulan yang boleh aku buat dan agak.

1.
Ini lah masaalah nya budak perempuan sekarang. Mereka tak suka ikut emak atau bapak masing masing. Mungkin kalau ikut emak bapak, pergerakan terkongkong. Budak budak ini lebih suka ikut abang angkat yang mana silap haribulan akan diangkat nya kain budak perempuan itu. Ye lah...... buat nya abang angkat merangkap boyfriend @ buaya darat.

2. Kereta yang terjunam itu adalah kereta pinjam. Abang angkat budak perempuan itu iaitu Sabri Yusuf meminjam kereta tersebut dari kawan nya. Kemalangan telah pun berlaku dan melibatkan kematian. Kes berat tu !!!. Apa kah implikasi nya ?. Yang ini selalu nya budak budak muda ini tidak fikir sebelum buat sesuatu. Yang mereka tahu.....SERONOK !.
a). Kereta kawan tu siapa nak ganti. Sabri ?... Belum tentu rasa nya.
b). Kalau kereta itu saja lah yang kawan si Sabri tu ada, tak ke 'patah kaki' kawan tu nak kesana sini ?
c). Insuran dan insuran pemandu ke-2, cukai jalan dan lesen memandu ada dan hidup lagi ke tidak ?
d). Mangsa yang dah meninggal dunia kita sedekah kan Al-Fatihah. Kalau waris waris si mati saman macam mana ?.?

Bab pinjam kereta ini memang aku tak pernah bagi pinjam pada sesiapa. Nak kata kedekut pun tak pe. Aku rela dari pada jadi macam kes diatas. Kecuali lah kalau 'kecemasan', itu pun aku sendiri yang akan pandu.

3. Kalau tak reti memandu jangan sekali kali pegang stereng tanpa ada orang sebelah. Dalam kes diatas, jangan marah kalau aku kata Sabri memang bodoh kerana meminta Nurul Ain duduk di kerusi pemandu. Sedangkan pemandu yang baru dapat lesen memandu pun kena pakai 'P'.

4. Takdir dah nak jadi, nak buat macam mana ?. Ayat yang selalu diguna untuk alasan. Kalau pun nak kata takdir, boleh lah kepada 2 orang mangsa diatas eskalator tu. Sesiapa pun boleh kena. Aku pun boleh kena.., siapa sangka sedang naik tangga, tiba tiba kereta datang dari atas kepala. Itu memang boleh dikata kan 'Takdir', tetapi untuk 2 orang iaitu Sabri dan Nurul Ain..., kamu berdua mencari 'Nahas'.

Kesimpulan nya, berfikir dulu sebelum buat sesuatu dan jangan pinjam kereta orang lain. Kalau tak kena apa apa, tak apa lah..., tapi kalau jadi macam kes diatas....???? ..Apa macam ??

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...