Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 May 2010

Apabila kos belajar memandu naik.......



Baru saja sehari dua ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala membuat kita 'telan ayak liok' terkulat kulat dengan kenyataan yang membayangkan kenaikan harga barangan akan terjadi. Cuma cara dia bagitau tu ialah dengan pengurangan subsidi, jadi tak ada lah perkataan harga naik. Tak ada lah rakyat marah sangat, fikir mereka yang merangka dasar. Dasar yang asyik menyusahkan rakyat teramai.

Hari ini keluar lagi satu berita yang pastinya akan menjadi perdebatan banyak pihak, iaitu berkemungkinan besar akan berlaku kenaikan pada kos belajar memandu. Cadangan kenaikan kos ini kononnya disebabkan pengenalan kepada kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Aku tak tahu sama ada alasan yang diberi oleh pihak berkenaan rasional atau tidak. Aku berpendapat jika kenaikan kos berlaku ia akan menyebabkan :

1. Akan lebih ramai lagi pengguna jalanraya yang berada diatas jalan tanpa lesen memandu yang sah. Pihak pihak berkuasa ini pernah ke turun padang tengok sendiri dan buat kajian berapa ramai pengguna jalanraya yang tak berlesen. Bila tak berlesen, pasti tak tahu sangat undang undang jalanraya. Baik penunggang motorsikal atau pemandu kereta, mereka cuma tahu tekan minyak dan tekan brek. Yang lain mereka tak tahu. Siapa patut berhenti, siapa patut jalan dulu, langsung mereka tak tahu. Di tempat aku, banyak kemalangan yang melibatkan mereka ini dan aku tak kisah pun kalau mereka mati, cuma yang geram nya sebab mereka yang tak tahu undang undang ini, kita yang jadi mangsa kerana nak elak dia.

2. Lesen terbang akan kembali beroperasi dan sekali gus masaalah seperti diatas akan berlaku.

3. Apabila ramai yang tidak mempunyai lesen memandu, ramai lah yang akan kena saman dengan Polis atau JPJ. Tak mustahil saman memandu tanpa lesen pulak akan dinaik kan maksimum. Alasan?....Macam macam alasan boleh bagi. "Kita kenakan saman maksimum supaya memberi pengajaran kepada pemandu supaya jangan memandu tanpa lesen. Pergi lah ambil lesen". Mungkin begitu alasan nya.

OK lah, yang pasti segala gala nya akan terus naik. Darah pun naik menyirap juga.



TAPAH 30/05/2010: Kos untuk belajar memandu mungkin akan dinaikkan berikutan pengenalan kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata kenaikan kos itu tidak dapat dielakkan dalam usaha JPJ mewujudkan kurikulum pembelajaran memandu yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemandu di negara ini.

"Saya jangka akan berlaku kenaikan (kos) sebab kita mahu menuju kepada kualiti latihan yang lebih baik.
Kalau kita tidak mahu pemandu yang tidak berkualiti, yang tidak mempunyai pemanduan berhemah, cermat dan bersopan santun, kita kenalah bayar lebih sedikit (untuk latihan memandu)," katanya kepada pemberita selepas menutup program ''Satu Komuniti Satu JPJ'' di sini hari ini.

Seramai 585 masyarakat Orang Asli turut menerima lesen memandu B2 pada majlis ini.
Solah menjangkakan kenaikan kos berkenaan akan menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat, namun beliau menegaskan bahawa negara masih menenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru ke arah menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.


Solah berkata menerusi kurikulum baru, jumlah waktu belajar memandu akan turut mengalami perubahan. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah waktu baru yang akan ditetapkan. "Kita juga akan mengajar mengikut jenis kenderaan yang mereka (pelajar mamandu) mahukan. Kalau mereka mahu kenderaan jenis manual, kita akan ajar cara mengendalikan kenderaan manual, kalau mahu kenderaan automatik, kita akan ajar memandu kenderaan yang berautomatik," katanya.

Katanya pemegang lesen memandu P (percubaan) juga perlu mengambil ujian khas untuk memperolehi Lesen Memandu Kompeten (CDL) selepas ini dan bukan memperolehinya secara automatik seperti sekarang.

"Kita juga akan memperbaiki lagi cara untuk mendapatkan lesen Public Service Vehicle (PSV) dan Good Driver''s License (GDL). Ini antara beberapa perubahan yang kita hendak laksanakan. Kita kini dalam peringkat akhir untuk mendapat persetujuan pihak Kementerian Pengangkutan," katanya. - Bernama

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...