Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 May 2010

Dulu Pedra Branca, sekarang 2 telaga minyak, lepas ini apa lagi nak terlepas?



Dr Mahathir mendakwa Abdullah telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak. Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan penasihat hal ehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Abdullah menolak dakwaan Dr Mahathir itu.

Dalam kenyataannya selepas pendedahan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.



Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.

Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.

"Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya. - artikel penuh http://www.harakahdaily.net


Aku cuma nak kata:
Ini lah rupa nya kerja puak puak yang mendakwa hanya mereka sahaja yang pandai memerintah. Satu demi satu tergadai, tetapi masih berlagak pandai. Masih lagi nak kata situasi nya adalah menang-menang.

Dulu Pulau Batu Putih atau nama lain nya Pedra Branca terlepas pun puak ni kata menang menang juga. Dah terlepas telaga minyak, DS Nazri Aziz pulak berkokok " kita akan pertahankan Limbang". Sudah lah tu, cakap saja berdegar degar tapi ekor bergelumang tahi. Pulau Batu Putih dulu pun kata nak pertahan, tapi apa jadi?.. Singapura dapat pulau, kita dapat batu saja. Lepas tu heboh kata kita menang menang.

Kepada rakyat yang prihatin dan faham serba sedikit akan hak nya sebagai warganegara dan pembayar cukai , sudah pasti peristiwa ini amat mendukacitakan yang dilakukan oleh PM ke5 Malaysia.

Jika kerajaan yang ada sekarang sebuah kerajaan yang mempunyai intergriti dan telus, DS Najib sebagai PM perlu mengarahkan agar Tun Abdullah disiasat samada dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja atau oleh SPRM dan jika didapati bersalah, pengurniaan "Tun" kepadanya perlu ditarik balik kerana ia adalah sebagai pengkhianat negara.

Namun begitu kadang kadang aku terfikir bagus juga kalau Sultan Brunei yang dapat hasil minyak usd100 billion (RM320 billion) itu. Lagi pun Sultan Brunei kan dah banyak tolong Malaysia masa krisis ekonomi dunia tempohari. Kalau tidak, yang akan raya sakan dengan wang hasil minyak itu termasuk royalti bukan nya Sarawak tetapi 'UMNO/BN and the geng'. Dengar cerita , antara syarikat yang melepas masuk angin keluar asap ialah Kencana Petroleum kepunyaan anakanda Tun Mahathir, Mokhzani Mahathir. Entah lah....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...