Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 May 2010

YB S. Manikavasagam: Saya ingat jasa mereka yang siang malam bantu saya.

3 mei 2010 - Pogram Basikalthon yang di anjurkan telah di sertai oleh YB Manikavasagam,
Ahli Perlimen Kapar dan YB Dr Abd Rani, ADUN Meru (ehsan
khidmatmeru.blogspot)

Seingat aku sejak menetap di Kapar ini pada 1987, ahli Parlimen yang aku ingat tak silap aku ialah D.P Vejendran, Dato M.Mahalingam, Datin Paduka P Komala Dewi dan sekarang ialah S Manikavasagam.

Kecuali S. Manikavasagam dari PKR, yang lain nya adalah dari MIC yang mewakili BN.

Sebagai pengundi di Parlimen Kapar sejak lama dulu, seingat aku tak pernah langsung bertemu muka atau terserempak dengan ketiga tiga mereka yang dari MIC/BN ini.

D.P Vejendran, Ahli Parlimen pelakun 'blue film' pertama sebelum DS Chua Soi Lek. Kes nya ditutup begitu sahaja dengan bahan bukti nya diarah dimusnahkan oleh mahkamah. Pelik kan?. Masa tu guna video tape VHS.

Dato M. Mahalingam aku pernah jumpa di Restoran Syed Kadir Seksyen 3, berkain pelikat pekena teh tarik. Masa itu dia sudah bersara.

Datin Paduka P Komala Dewi ini lagi tak guna. Kalau tak silap aku dia tidak tinggal di Kapar. Tak pernah nampak muka langsung. Masa PRU, kebanyakan poster BN yang dipasang di kawasan kampong majoriti melayu tak letak gambar dia. Banyak letak gambar Pak Lah & DS Najib.

Berbeza dengan S. Manikavasagam dari PKR. Walau mungkin dia tak sebaik dan sebagus mana tetapi pada pendapat aku dia adalah yang terbaik dari ketiga tiga dari MIC tersebut. Aku pun bukan kenal sangat dengan YB S. Manikavasagam. Aku selalu jumpa dia makan tengahari di gerai makan india sebelah Bangunan UMNO Kapar (Bank CIMB Kapar). Kadang kadang sorang dan biasa nya berdua. Bila jumpa dia aku angkat tangan tanda hormat dan bersalaman dengan dia.

Pusat khidmat nya di bangunan sebelah Stn.minyak SHELL pun nampak nya berfungsi sebab tahun lepas isteri aku ada tolong balu arwah kawan aku mendapatkan elaun ibu tunggal RM100 setiap bulan. Dah dapat pun. Untuk pengetahuan balu ini adalah penyokong UMNO tegar. Dalam menjalan kan tugas nya sebagai ahli parlimen, aku berpendapat dia amat serasi dengan ADUN Meru iaitu YB Dr. Rani dan nampak nya mereka berdua boleh diberi pujian.

Oleh itu diharap desas desus yang YB S. Manikavasagam untuk meninggalkan PKR adalah tidak benar. Sayang lah kalau dah buat kerja baik baik dan ramai pengundi dah boleh terima, tiba tiba buat hal. Apa apa pun tengok saja lah. Macam YB PKR yang lain lain tu, mula mula nafikan, tapi aleh aleh keluar jugak akhir nya. Berita desas desus tersebut dibawah:


AMPANG 23 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang kebelakangan ini digembar gembur kononnya bakal keluar parti termasuk dakwaan pengumuman mengadakan sidang media, menceritakan apa yang dilakukannya pada hari semalam.

"Waktu pagi macam biasalah. Saya jumpa dengan masyarakat dan pengundi saya di Pusat Khidmat. Kemudian sekitar jam 11 pagi, saya ke Puncak Alam berjumpa dengan Dr Hamka, bekas setiausaha.

"Selepas itu, saya tertinggal handphone. Saya berbincang-bincang, kemudian balik dan ada banyak miss call. Saya telefon semula. Saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR), Azmin Ali, dia tanya, betulkah saya mahu lompat?

"Saya kata, tidak. Pendirian saya jelas. Bukan pasal isu ini sahaja tapi atas apa isu sekalipun saya tetap bersama parti," katanya kepada TV Selangor, malam tadi.

Pendirian ini diulangi Manikavasagam pada ceramah di Ampang malam tadi, sekali gus berdepan ugutan melalui kejadian simbah cat yang dilakukan pihak tertentu.

Untuk sekian kali, Manikavasagam menafikan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ahli Parlimen Bebas.

Beliau terpaksa mengulangi kesetiaannya berikutan ada usaha pihak tertentu yang tidak jemu-jemu menyebar fitnah, kononnya mahu keluar parti dengan mengaitkan pendedahannya berhubung isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Saya masih ingat, ramai yang bantu saya ketika pilihan raya lalu. Mereka siang malam bantu saya, berhabis-habisan untuk saya. Saya ingat jasa mereka. Jangan harap boleh beli saya dengan wang. Saya teguh dengan parti," katanya. - tvselangor.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...