KOTA BAHRU 27 MEI: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus mencontohi Kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.
Tidak seperti kerajaan Umno BN, kerajaan Pas Kelantan yang didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyatakan Vincent Tan datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak mentah-mentah.
Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya yang memperoleh lesen judi bola yang diluluskan kerajaan Umno BN baru-baru, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.
"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.
"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.
Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.
Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.
"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.
"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi. - http://tvselangor.com
Aku cuma nak kata:
Kerajaan PAS Kelantan boleh menolak permohanan kelulusan semula lesen judi 4D taukeh judi Vincent Tan. Mengapa kerajaan UMNO/BN tak sanggup menolak permohonan dari orang yang sama?.
Sebab nya mudah saja. UMNO/BN sudah terlalu banyak termakan budi sedangkan PAS tidak berhutang apa apa dengan si taukeh judi tersebut. Kalau PAS pun masa nak Pilihanraya mintak taukeh judi tersebut 'sponser', lepas PAS menang mesti taukeh tu mintak sesuatu balasan yang sudah pasti PAS tak boleh tidak akan terpaksa menurut sahaja. Itu lah yang terjadi pada UMNO/BN. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Semua orang tau UMNO/BN dalam apa jua keadaan perlukan wang untuk terus hidup. Baik dari segi organisasi UMNO/BN itu sendiri atau pun individu berkepentingan dalam parti parti komponen BN. Pemilihan dalam parti dan Pilihanraya, bukan kah semua itu memerlukan wang yang banyak. Dalam konteks ini, rasa aku hanya taukeh dadah dan taukeh judi saja yang mampu untuk memberi sumbangan dengan senang hati, tetapi sudah tentu ada syarat nya. Syarat nya apa ?. Syarat nya macam yang aku tulis tadi.
Cerita pasal judi sukan ini, pada pendapat aku judi bolasepak piala dunia ini adalah hanya satu permulaan taukeh judi Vincent Tan ini untuk mendapat 'tapak'. Sekarang dia dah dapat. Bila tamat bolasepak piala dunia nanti, ada sesiapa boleh beri jaminan bahawa judi sukan tersebut juga tamat. Bagaimana kalau ia berterusan dan ditambah pula dengan judi sukan lain pula?.
Bila keadaan ini berlaku ianya amat merbahaya kepada semua kerana ianya akan melibatkan semua masyarakat. Apatah lagi jika ianya dijalankan secara "online". Anak-anak sekolah juga boleh saja berjudi dengan menggunakan handphone, cuma perlu online kemudian dah boleh bertaruh. Tak mustahil akan datang, masyarakat kita akan penuh dengan kaki dan tahi judi.
Sekian
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment